Halaman

Selasa, 23 November 2010

Seminar Pembelajaran Efektif "Belajar Sedikit Dapat Banyak"

Assalamualaikum dan salam cuti hujung tahun buat adik-adik yang sedang cuti sekolah.Agak-agaknya buat apa yer musim cuti ni.tak tahu nak pergi ke mana..apa kata sama kita pakat join..

Seminar Pembelajaran Efektif "Belajar Sedikit dapat Banyak"

Bila??

Akan berlangsung pada 13 Disember 2010 jam 9.00 pagi hingga 5 petang di Dewan seminar Institut Pengurusan Peladang Machang Kelantan.

Penyertaan sebanyak 120 tempat duduk disediakan.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya , En.Izani -0196145154 atau En.Razali 0139619421 atau Syairah 0139870277 .Sms pun boleh.

Pendaftaran dibuka bermula hari ini sehingga 10 Disember 2010.

Jika ingin terus mendaftar ,sila bank in RM 70 ke akaun bank Islam (03045020098601) atas nama Raja Mohd Izani sila maklumkan tarikh bank in,nilai,masa dan nama penuh peserta dan no telefon untuk dihubungi.

Segera dapatkan tempat duduk anda sekarang.Penyertaan akan disahkan setelah pembayaran dibuat sepenuhnya.

Bonus 1 :
20 Penyertaan awal akan dihadiahkan Satu Set Buku Tips Belajar Sedikit Dapat Banyak terbitan Pts Publication Sdn.Bhd


Bonus 2 :
Setiap peserta yang hadir akan didaftarkan sebagai ahli Rakan Teambinainsan dibawah kelolaan Persatuan Pembimbing Insan Kelantan dan anda layak untuk menikmati seberapa banyak mungkin keistimewaan yang akan diwar-warkan.



Siapakah "Trainer" yang akan hadir ??

En.Raja Mohd Izani B Raja Ismail

Merupakan seorang pendidik dan juga motivator yang berpengalaman lebih 7 tahun.Memegang tampuk kepimpinan sebagai Presiden Persatuan Pembimbing Insan Kelantan (Teambinainsan) dan juga panel penceramah MSQ Power Training serta ahli pengubatan Islam yang bertauliah.

En.Mohd Razali Kamarudin

Seorang pendidik dan ketua warden asrama. Beliau juga merupakan penulis buku, kolumnis majalah dan juga trainer pembelajaran. Sering mengendalikan program-program berbentuk pembangunan diri dan latihan budaya belajar. Sering juga muncul dalam slot-slot berkaitan pembelajaran di televisyen dan radio.

Apakah pengisian yang anda akan perolehi ???

Huraian sedikit mengenai pengisian Seminar Pembelajaran Efektif “Belajar Sedikit Dapat Banyak”(.

SLOT 1 : INDUKSI MINDA DAN HATI

Peserta akan diperkenalkan mengenai apa itu “Pembelajaran Efektif” dan mengapa mesti menghadiri seminar ekslusif ini.Ia juga merangkumi penerapan ketenangan hati melalui terapi zikir serta lagu-lagu nasyid yang menghiburkan.


SLOT 2 : MOTIVASI BOOSTER PELAJAR


Peserta-peserta akan digerakkan hati dan minda melalui prinsip Islamic Law Of Attraction. Peserta akan dilatih untuk berkata-kata positif pada diri, mengenal pasti perkara-perkara sabotaj diri dan menukarkannya kepada perkara-perkara penghormatan diri. Disamping mengenal pasti kemahuan, membina skrip matlamat dan cara memanfaatkannya serta dapat membina sendiri mood belajar.


SLOT 3 : PROSES BELAJAR SEDIKIT-SEDIKIT DAPAT BANYAK

Peserta-peserta akan dibimbing dan dilatih bagaimana belajar sedikit demi sedikit melalui empat langkah proses belajar harian. Bermula dengan persediaan sebelum ke kelas, menghadapi pembelajaran di kelas, studi petang dan studi pada waktu malam. Turut diadakan bengkel menggunakan buku teks/rujukan dengan berkesan, mengenal pasti isi pelajaran, menghasilkan nota berkesan, teknik mengingat isi pelajaran dan teknik membuat latih tubi yang santai.

SLOT KHAS :KUASA KEJAYAAN BERGANDA

Ini merupakan sesi terakhir dalam merealisasikan impian peserta untuk mencapai kejayaan yang berganda melalui kaedah praktikal berasaskan teknologi Al-Quran serta memberi peluang kepada peserta bermuhasabah diri bahawa ILMU ITU CAHAYA dan ia berkait rapat dengan PRINSIP KEBERKATAN ILMU.






Tentatif program seperti dibawah :

8.00 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi-10.30 pg :Slot 1 : INDUKSI MINDA DAN HATI

10.30 pagi- 11.00pg : Minum pagi

11.00 pagi-12.45 tgh : Slot 2 : MOTIVASI BOOSTER PELAJAR

12.45 tgh- 1.30ptg :Makan tengahari & solat zohor

1.30 tgh – 3.00 ptg : Slot 3 : PROSES BELAJAR SEDIKIT-SEDIKIT DAPAT BANYAK

3.00 ptg – 4.30 ptg : SLOT KHAS :KUASA KEJAYAAN BERGANDA

4.30 ptg- 5.00 ptg : Majlis Penutup & Penyampaian Sijil

5.00 ptg : Solat Asar & bersurai


Ingat !! Peluang Ini Hanya Untuk Mereka Yang Ingin Berjaya.
Jika Anda Orangnya Usah Berlengah Daftar Segera.

Isnin, 14 Jun 2010

Tahniah Buat Semua Peserta Kem Sure Solat Siri 1



Assalamualaikum..salam motivasi..

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T diatas nikmat yang tak terhingga banyaknya.
Saya selaku presiden Persatuan Pembimbing Insan Kelantan merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta siri 1 -Kem Sure Solat yang telah berlangsung dengan jayanya di Kem Putra Chengal Kota Bharu .InsyaAllah..hujung tahun ini akan diadakan pula Kem Motivasi Perkasa-i ,khusus memantapkan lagi jati diri remaja bagi menyediakan mereka dalam keadaan terkawal dan berilmu .

Sekalung penghargaan buat sahabat saya yang juga rakan seperjuangan Ghazali-MSQ Power Training kerana sudi memenuhi jemputan mengisi program ini.Juga tidak lupa kepada seluruh warga Persatuan Pembimbing Insan kelantan,barisan fasilitator,pihak penaja,katering,pengurusan kem,ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
JazakaAllah , InsyaAllah sebarang komen membina akan di teliti dan diambil perhatian.

www.teambinainsan.org


Khamis, 6 Mei 2010

Kem Motivasi "Sure Solat " Kini Di Kelantan !!

Bersempena majlis kesyukuran penubuhan Persatuan Pembimbing Insan Kelantan (Teambinainsan) dan pelancaran laman web..persatuan ingin memaklumkan bahawa program Kem Motivasi "Sure Solat" akan diadakan di negeri Kelantan bersempena cuti sekolah pada bulan Jun 2010.Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh rujuk iklan dibawah :

Ahad, 18 April 2010

Persatuan Pembimbing Insan kelantan (Team Bina Insan)

Assalamualaikum..dan salam motivasi..punya lah tak sempat ditambah lagi internet pulok problem..akhirnya boleh gak tulih dua tiga patah.

Untuk pengetahuan semua..akhirnya TeamBinaInsan telah disahkan pendaftarannya oleh pejabat pertubuhan dan telah disempurnakan penyampaian sijil di Bahagian teknologi pendidikan Kota Bharu pada 11 April 2010.

InsyaAllah..cadangnya akan dibuat keraian dan pelancaran laman web pada 8 mei 2010 dan jemputan akan disusuli melalui telefon dan surat jemputan.

Sekian dimaklumkan.

Khamis, 1 April 2010

Program Sure Solat Di Kem Putra Chengal,Ketereh Kelantan.

InsyaAllah..saya bersama rakan daripada MSQ Power Training akan berada di kem putra Chengal..dalam program SureSolat pada 1 April 2010 hingga 3 April 2010..Sesi kaunseling akan diadakan secara percuma ..tapi contact dulu lah.tq

Jumaat, 19 Mac 2010

Adik-Adikku InsyaAllah Boleh..!

Alhamdulillah sempat juga berpeluang menonton rancangan Adik-Adikku..Tahniah buat adik Wajih..anda sememangnya berbakat.Tahniah juga buat adik Qayyim..walaupun dalam keadaan kekurangan berbanding peserta yang lain,ternyata adik Qayyim mempunyai satu anugerah yang tak dapat ditandingi peserta yang lain iaitu suara yang lunak dan merdu.

Saya selaku penonton setia rancangan Adik-Adikku,sangat berbangga dengan kesungguhan semua pihak dalam menjayakan rancangan realiti tv ini.Diharap dapat diteruskan lagi dengan siri seterusnya agar dapat menyaingi dan menggantikan program rancangan realiti tv yang tidak bermanfaat seperti Mentor,Akademi Fantasia,raja lawak dan sebagainya.

Tahniah..!!

Selasa, 2 Mac 2010

AYam Proses Segar Sedia Dijual!!

Assalamualaikum dan salam maulidurrasul..Pertama sekali syukur pada Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan agenda dan halatuju ke syurga ALLAH..terima kasih dan JazakAllah kepada penyumbang dana..pemberi zakat untuk sama-sama menjayakan projek ayam proses segar dalam usaha membantu keluarga En.Rusli agar dapat keluar daripada tahap kemiskinan tegar.

Semalam 2 Mac 2010 telah diadakan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan segala urusan perniagaan ayam proses segar.

Hari ini 3 Mac 2010 bermulalah langkah pertama dalam menjayakan projek ini setelah sebulan berhempas pulas menyediakan prasarana dan modal untuk memastikan projek ini berjalan lancar.Sebagai permulaan 40 ekor ayam hidup telah dibeli dan telah pun diproses serta dijual.Alhamdulillah sambutan menggalakkan kerana harga yang lebih murah berbanding harga pasaran semasa serta servis penghantaran percuma disediakan untuk pelanggan yang menempah atau memborong ayam yang telah diproses.

Saya mewakili keluarga En.Rusli mengucapkan sekali lagi terima kasih dan jazakAllah di atas sumbangan tuan/puan sehingga projek ini berjaya dilaksanakan.Berkat sumbangan dan doa kaliant telah Allah S.W.T makbulkan dan semoga Allah S.W.T akan memberkati hidup tuan/puan dunia dan akhirat.

Bagi tuan/puan yang berada sekitar daerah Machang dan Tanah Merah,tempahan bolehlah dibuat segera dan harga boleh dirunding mengikut kadar tempahan.

JazakAllah dan terima kasih.

Rabu, 3 Februari 2010

Laporan Terkini-Projek Proses Ayam Segar Di Kg.Kaabah Machang Kelantan

Assalamualaikum dan salam motivasi..berikut adalah laporan terkini serta gambar-gambar sekitar projek yang sedang dibangunkan bagi membantu keluarga En.Rusli yang berada pada tahap kemiskinan tegar.

Bangunan yang dibina menggunakan kayu yang ditebang dari hutan yang bertujuan untuk menjimatkan kos pembelian kayu yang agak mahal.

En.Rusli (AbeLi) seperti di dalam gambar sedang menyiapkan binaan projek.

Batu-batu blok ini di buat sendiri dengan kemahiran yang ada pada En.Rusli menggunakan pasir serta simen konkrit.

Sekitar laman hadapan rumah.

Pasir yang dibeli ini kosnya RM 120..sebanyak dua lori pasir telah digunakan bagi menjayakan projek ini.

Simen yang dibeli berharga RM 16 per beg.Sebanyak 20 beg telah dibeli bagi menyiapkan batu blok binaan.
Kawasan projek yang telah ditebas yang mana kawasan ini telah ditanam pokok salak Sabah.Turut berada di dalam gambar anak-anak en.Rusli

Inilah batu blok yang dibuat sendiri dan digunakan untuk membuat tempat memproses ayam segar.

Alhamdulillah ..yang paling terkini..mesin mengasing bulu ayam telah dibeli dengan harga RM 1175.

Setakat hari ini,kos untuk menjayakan projek ini telah memakan Kos sebanyak RM 2000. Walaupun begitu,masih ada beberapa perkara yang perlu dibeli seperti motor roda tiga yang bertujuan untuk membawa ayam yang telah diproses untuk dijual,modal permulaan untuk pembelian ayam serta beberapa perkara lagi yang menelan belanja hampir dua ribu lagi.

Oleh itu,saya mewakili en.Rusli mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dana dan pemberi zakat yang mana berkat jasa tuan dan puan projek ini dapat dimulakan.Kami mendoakan segala sumbangan tuan/puan itu akan dibalas oleh ALLAH S.W.T sebagai amal kebajikan ke Syurga InsyaALLAH.

Bagi yang masih belum sempat untuk menyumbang,atau baru sahaja mengetahui perkara ini,saya sangat mengalu-alukan sumbangan dana tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di
rajamohdizani@gmail.com
0196145154 (Cikgu Izani)

InsyaALLAH saya akan melaporkan dari semasa ke semasa perkembangan projek ini.

Isnin, 18 Januari 2010

Mohon Sumbangan Dana

Assalamualaikum..salam motivasi.

InsyaAllah saya dan rakan-rakan dalam proses mengumpul dana bagi menampung kos projek proses ayam segar yang akan bermula pada pertengahan bulan Februari 2010 untuk membantu keluarga En .Rusli di Kg.Kaabah Machang Kelantan yang berada pada tahap kemiskinan tegar.

Anggaran kos adalah hampir RM 3000 yang mana meliputi pembelian alat pengasing bulu ayam,simen,kayu dan beberapa perkara lagi.InsyaAllah saya akan detailkan kemudian.

Sehubungan dengan itu,saya dengan rendah hati meminta jasa baik dato' datin,tuan/puan,sahabat-sahabat yang bekerja dan ingin memberi sumbangan setakat kemampuan yang ada,saya sangat-sangat bersyukur kepada ALLAh S.W.T dan terima kasih banyak atas sumbangan tersebut.

Saya akan maklumkan berita terkini berkenaan projek ini di dalam blog ini pada masa akan datang.Saya juga mengalu-alukan sumbangan dan juga zakat untuk keluarga En.Rusli daripada NGO dan badan berkanun serta orang persendirian.InsyAllah setiap sumbangan anda,Allah S.W.T akan menggandakan pahala di sisiNya .

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:

1.Bank Islam - 03045020098601 ( atas nama :Raja Mohd Izani Raja Ismail)
2.Sebarang transaksi sila maklumkan kepada saya - 0196145154 (Cikgu Izani)

Sabtu, 9 Januari 2010

MEMBENARKAN DAN MENYOKONG ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN

MEMBENARKAN DAN MENYOKONG ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN

Penjelasan Isu Ini Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Pada hari Khamis, 7 Januari 2010, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menyampaikan Kuliah Maghrib seperti biasa di Surau Annur Bandar Baru Bangi. Slot Kuliah Feqah pada kali ini digantikan dengan ceramah penerangan tentang isu kalimah Allah yang digunakan oleh orang Kristian.

Penerangan oleh Tuan Guru ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu;


1. Apakah alasan dan hujjah yang boleh menyebabkan orang Islam menjadi kufur jika membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah sebagai mengantikan perkataan GOD.

2. Apakah akibatnya jika kita orang Islam membenarkan dan menyokong orang Kristien menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka.

3. Apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang apabila orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka.

4. Tuan Guru menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Untuk mendengar penjelasan ini sila muat turun rakaman kuliah ini seperti di link berikut. Audio rakaman ini telah dibahagikan mengikut bahagian yang diterangkan di atas.

Layari :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=87



Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam..buat semua guru sudahkah bersedia untuk meneruskan tugas baru pada tahun ini..?Apakah KPI anda tahun ini..? Renungkan..

Buat semua pelajar dan murid..rasanya dah tak sabar nak pakai uniform sekolah yang baru...betul tak? So,belajar bersungguh-sungguh..jangan buat hal yang tak patut..teruskan perjuangan sehingga berjaya.

Salam motivasi 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati