Halaman

Khamis, 5 April 2012

HARUM

Majlis Mahabbah Rasulullah SAW

Print PDF

Majlis Mahabbah Rasulullah SAW dengan himpunan Ulama-Ulama dan Rumpun Kekeluargaan seluruh Nusantara 13 - 15 April 2012. Marilah kita beramai-ramai menghadiri majlis Mahabbah Rasulullah yang penuh baraqah ini.

"HIDUPKAN CINTA KERNA DALAM JIWAMU ADA CINTA" - Disini Bermulanya Cinta...

PROGRAM UTAMA

1. Muzakarah Majlis Pengkajian Tauhid-Tasawuf Se-Asia Tenggara
2. Seminar Menelusuri Dakwah & Perjuangan Wali Songo
3. Ummah SeNusantara Berselawat
4. Anak-Anak Berselawat
5. Ceramah Perdana ‘Tauhid-Tasawuf’
6. Pameran Kenali Wali Songo & Sejarah Nusantara
7. Konsert ‘Syahadah Cinta’
8. Munajat Perdana ‘Hijrah Cinta’

PROGRAM LAIN

1. Ekspo/Karnival Pengguna (Gerai Jualan)
2. Khidmat Terapi & Perubatan Islam
3. Siri Kuliah Subuh Perdana
4. Halaqah Pagi/Dhuha Perdana
5. Halaqah Ilmu Persilatan, Demonstrasi & Pensejarahannya
6. Pertandingan Kompang & Selawat
7. Pertandingan Amal Islami (Dewasa & kanak-kanak)
8. Diskusi Buku


HaRUM

Print PDF
1. HaRUM adalah singkatan Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 13 hingga 15 April 2012
2.

Himpunan ini antara lain bertujuan mengeratkan ikatan kekeluargaan rumpun Nusantara berteraskan penghayatan sebenar Tauhid-Tasawuf. Pengkajian tentang sejarah kedatangan ISLAM ke Tanah Melayu ini melibatkan susur galur yang panjang dan sejarah yang menarik; sebutkan CERIBON, PATANI, MELAKA, JAWA..dari satu rumpun sebenarnya kita bermula. Maka kita cuba tautkan kembali atas dasar cinta kepada UMMAH.

3.

Maka digagaskan beberapa objektif yang dilihat memerlukan kerjasama ramai pihak bagi


- Mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan rumpun Nusantara;

- Meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai satu rumpun;

- Memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan rantau Nusantara.mencapainya.
4.

Temanya pada kali ini adalah 'Di sini bermulanya Cinta’

5. Himpunan kekeluargaan ini melibatkan ulama senusantara samada dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Singapura, Brunei.

Rabu, 14 Mac 2012

MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH SAW

DIJEMPUT SEMUA KE MAJLIS MAHAABBAH RASULLULLAH S.A.W.

Ke Majlis

______________________________________________

______________________________________________

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH S.A.W

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput menghadiri program sebagaimana butiran berikut :

Perkara: Majlis Mahabbah Rasulullah S.A.W

Tarikh : 17 Mac 2012 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 1.45 petang

Tempat : Dewan Pondok Pasir Tumboh

Anjuran: Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia & Pondok Pasir Tumboh

Aktiviti : Qasidah,Maulid,Alunan Rawi Melayu ,Ceramah Mahabbah,Jamuan

3. Sehubungan dengan itu, kami pihak penganjur amat mengalu-alukan kehadiran wakil atau ahli daripada agensi/persatuan pihak tuan bagi memeriahkan majlis yang bakal dilaksanakan ini. Sebarang kemusykilan pihak tuan boleh berhubung terus kepada urusetia Hj.Baharudin 0139355588 atau Raja Mohd Izani 0196145154 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.Turut dilampirkan tentatif majlis tersebut.

4. Akhir kata pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama daripada pihak tuan untuk memeriahkan majlis dan menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W Semoga Allah S.W.T memberkati usaha ini InsyaAllah.

Sekian , terima kasih.

“BEKHIDMAT UNTUK ISLAM”

Saya yang menurut perintah,

(YM RAJA MOHD IZANI RAJA ISMAIL)

Urusetia Program

Majlis Mahabbah Rasulullah

Ahad, 19 Februari 2012

REHAT !

ASSALAMUALAIKUM..SAYA NAK MAKLUM KEPADA SEMUA YANG MENGENALI SAYA DAN JUGA BERCADANG UNTUK BERPROGRAM DAN JEMPUTAN CERAMAH...DIHARAP DAPAT BERSABAR KERANA SAYA AKAN BEREHAT SEMENTARA WAKTU BERMULA
1 MAC 2012 HINGGA 31 MAC 2012.

IA BERKAITAN KESIHATAN SAYA YANG TIDAK MENGIZINKAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI MEMERLUKAN SAYA BEREHAT SEKETIKA .INSYAALLAH JIKA ALLAH S.W.T MEMBERI KESEMBUHAN SAYA AKAN KEMBALI MEMULAKAN PERANCANGAN TARBIYAH DAN DAKWAH DIIRINGI DENGAN MODUL-MODUL YANG TERBARU DAN LEBIH TERSUSUN.

MAAF DIPINTA..IZINKAN SAYA BERUNDUR SEKETIKA.

Ahad, 8 Januari 2012

Seminar Bersama ABg AMran Raihan

Assalamualaikum ,,selamat tahun baru 2012.

Ada Dua BERITA BAIK !!!

PERTAMA!!!!

SEMINAR BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK BERSAMA ABG AMRAN (VOKALIS RAIHAN) & CIKGU RAZALI PENULIS BUKU BEST SELLER BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK

Bila ?

Pada 28 Januari 2012

Kat Mana ??

Dewan Seminar My DIEBA ,PAsir Puteh Kelantan Depan Masjid Majidiah

Mahal Ke ??

Sangat Berpatutan- Hanya RM 60 Individu
Tawaran Khas bagi yang daftar 6 orang hanya bayar RM 300 Sahaja.(Free Sorang)

So,cepat daftar sebelum penuh.

____________________________________________________________

Berita Baik KEDUA!!!!

Berita Baik Untuk Motivator Kaunselor Ibu Bapa Guru Pendakwah dan seumpamanya!!

Kursus SEFT@BAsic akan diadakn pada 25 Feb 2012 (sabtu)

Kat Mana ??Berapa Pulok Bayar???

Dewan Seminar My DIEBA ,PAsir Puteh Kelantan Depan Masjid Majidiah
Hanya RM 360 selama sehari suntuk.
Anda akan ditauliahkan sebagai ahli SEFT


Berminat ke??

Jangan Minat saja..terus daftar .
Boleh dapat maklumat berkenaan SEFT di

http://seftmalaysia.blogspot.com



SATU LAGI TAWARAN KHAS 2012


"Barangsiapa yang mendaftarkan diri untuk kedua-dua kursus akan ada lagi diskaun tambahan"

Apa lagi jom rebut peluang..ILMU tak mengenal ANDA..Tapi ANDA mesti mengenal ILMU.

Hubungi Segera :

019 6145154 - Cikgu Raja Izani
0199376754- Ust Hj Nazri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati