Halaman

Sabtu, 7 November 2009

Red Warrior : Duit Rakyat Habis,Apa Sudah Jadi ?!

Saya ingin mengucapkan "Tahniah" kepada skuad bola sepak negeri sembilan di atas kemenangan sebagai juara piala F.A yang telah berjaya membelasah dan mengkucar-kacirkan serta memper'bodoh'kan pertahanan kelantan yang angkuh.Kemenangan 3 berbalas satu merupakan suatu rahmat dari tuhan yang perlu disyukuri oleh pemain dan penyokong skuad negeri sembilan.

Namun yang menjadi persoalan sekarang apa sudah jadi kepada skuad Kelantan..? Terlalu ghairah nak menang ...!! sehingga terlalu hambar permainan dalam keadaan benteng pertahanan yang terlalu rapuh...atau terlalu tertekan kerana berdepan dengan pihak lawan yang berstrategi..?Saya tidaklah menonton keseluruhan pemainan kerana nak siapkan modul ceramah..tapi sempat lah jugak tengok sekejap-sekejap.

Apa yang menyedihkan lagi ,apabila penalti dikenakan disebabkan berlaku kekasaran juga telah menaikkan darah penyokong kelantan yang tidak senang duduk sejak awal permainan.Ada yang angkat punggung ..ada juga menunjukkan protes dengan membakar mercun dan membaling botol..malah ada yang lebih "dayus" sanggup membakar kerusi dan sepanduk ibarat "orang kalah judi".

Apakah ini suatu pengajaran kepada kepimpinan Kelantan bahawa dengan menaja tiket dan sebagainya merupakan suatu pengajaran agar tidak menyalahgunakan wang rakyat dan amanah kepimpinan dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Sungguh memalukan lagi dengan kehadiran penyokong yang sanggup menukar iman mereka dengan ber'tuhan'kan bola..solat entah dilaksana atau tidak..membuat onar dengan membaling botol dan mercun ke padang..tambah menjijikkan sanggup membakar harta awam seperti kerusi stadium yang tidak berdosa itu.Apakah ini yang cuba ditonjolkan oleh negeri yang berstatus "Serambi Mekah" ini ???

Tujuan saya menimbulkan perkara ini..bukanlah suatu penyataan yang saya anti kepada mana-mana pihak..akan tetapi saya ingin menyampaikan mesej bahawa jangan fanatik kepada bola.

Terselit dalam artikel saya sebelum ini..pernah saya nyatakan cuti kerana bola merupakan suatu kejahilan moden ..dan ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah negeri yang dipimpin oleh kerajaan yang bermaruah.

Tak tahulah apa akan terjadi kepada dunia bola sepak Malaysia..yang berkonsepkan satu Malaysia gitu..apabila penyokong fanatik dan separa fanatik ini tidak lagi waras apabila satu-satu pasukan yang diminati itu kalah..? mungkin pagi esok ada berita yang memaparkan cermin kereta pecah..atau apa je lah...seolah-olah samseng jalanan yang pengecut..berani ketika ramai..dayus ketika keseorangan.

Walau apa pun terjadi ..saya mengucapkan tahniah bagi kedua-dua pasukan..sudah adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang.Peringatan kepada kepimpinan kerajaan kelantan daripada saya insan yang lemah ini.. penyakit yang dialami oleh rakyat semakin hari semakin parah..buatlah sesuatu yang terbaik untuk mengubat hati-hati yang sakit ini.Gunakanlah kemudahan ..wang ringgit rakyat untuk mencari suatu alternatif bagi meng"islam"kan dunia bola sepak kita.


"Lihatlah dengan mata hati mu..ayuh bersama-sama kita hidup mulia atau mati syahid"

3 ulasan:

  1. salam..

    betul apa yang diutarakan oleh saudara izani. semua yang dinyatakan diatas ada benarnya, namun saya disini bukan untuk memihak 100% pada mana2 pihak. apa yang saya ingin nyatakan disini adalah tentang beberapa perkara, antaranya adalah cuti. menteri besar memberi cuti pada rakyat kelantan adalah tujuan untuk memudahkan mereka., bukan menyanjung bola sepak itu. seperti mana2 pihak la, contoh kalau fanatik tentang parti, jika ada pilihan raya dimana ceruk kawasan pun ada yang sanggup ambik M.C untuk memboloskan diri dari pihak majikan, padahal bukan kampung nenek kita pun.

    menteri besar klntn beri cuti pada rakyatnya adalah untuk memudahkan mereka untuk menonton perlawanan bola sepak, supaya tidak kelam kabut dalam perjalanan pulang dan mengelakkan kemalangan jalanraya, itu aja, bukan nak pergi buat dosa.

    mohon maaf andai terkasa bahasa...

    "khairul umur aushotuha"

    BalasPadam
  2. Terima kasih kepada saudara/i yang mengulas kenyataan..pendapat anda ada benarnya bagi merancang perjalanan merupakan suatu yang amat penting..namun perlu difahami di sini ia bukan sahaja melibatkan peminat bola sepak sahaja tetapi melibatkan agensi kerajaan dan swasta yang lain..contohnya jika sekolah diberi cuti maka perlu diganti bagi mencukupkan bilangan hari persekolahan..dan ini sebenarnya tidak adil bagi sesetengah pihak yang lain.

    apa-apa hal terima kasih atas ulasan..saya harap pihak kerajaan kelantan tidak terjun ke lubang yang sama setiap kali melangkah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati