Halaman

Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan

Sabtu, 7 November 2009

Red Warrior : Duit Rakyat Habis,Apa Sudah Jadi ?!

Saya ingin mengucapkan "Tahniah" kepada skuad bola sepak negeri sembilan di atas kemenangan sebagai juara piala F.A yang telah berjaya membelasah dan mengkucar-kacirkan serta memper'bodoh'kan pertahanan kelantan yang angkuh.Kemenangan 3 berbalas satu merupakan suatu rahmat dari tuhan yang perlu disyukuri oleh pemain dan penyokong skuad negeri sembilan.

Namun yang menjadi persoalan sekarang apa sudah jadi kepada skuad Kelantan..? Terlalu ghairah nak menang ...!! sehingga terlalu hambar permainan dalam keadaan benteng pertahanan yang terlalu rapuh...atau terlalu tertekan kerana berdepan dengan pihak lawan yang berstrategi..?Saya tidaklah menonton keseluruhan pemainan kerana nak siapkan modul ceramah..tapi sempat lah jugak tengok sekejap-sekejap.

Apa yang menyedihkan lagi ,apabila penalti dikenakan disebabkan berlaku kekasaran juga telah menaikkan darah penyokong kelantan yang tidak senang duduk sejak awal permainan.Ada yang angkat punggung ..ada juga menunjukkan protes dengan membakar mercun dan membaling botol..malah ada yang lebih "dayus" sanggup membakar kerusi dan sepanduk ibarat "orang kalah judi".

Apakah ini suatu pengajaran kepada kepimpinan Kelantan bahawa dengan menaja tiket dan sebagainya merupakan suatu pengajaran agar tidak menyalahgunakan wang rakyat dan amanah kepimpinan dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Sungguh memalukan lagi dengan kehadiran penyokong yang sanggup menukar iman mereka dengan ber'tuhan'kan bola..solat entah dilaksana atau tidak..membuat onar dengan membaling botol dan mercun ke padang..tambah menjijikkan sanggup membakar harta awam seperti kerusi stadium yang tidak berdosa itu.Apakah ini yang cuba ditonjolkan oleh negeri yang berstatus "Serambi Mekah" ini ???

Tujuan saya menimbulkan perkara ini..bukanlah suatu penyataan yang saya anti kepada mana-mana pihak..akan tetapi saya ingin menyampaikan mesej bahawa jangan fanatik kepada bola.

Terselit dalam artikel saya sebelum ini..pernah saya nyatakan cuti kerana bola merupakan suatu kejahilan moden ..dan ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah negeri yang dipimpin oleh kerajaan yang bermaruah.

Tak tahulah apa akan terjadi kepada dunia bola sepak Malaysia..yang berkonsepkan satu Malaysia gitu..apabila penyokong fanatik dan separa fanatik ini tidak lagi waras apabila satu-satu pasukan yang diminati itu kalah..? mungkin pagi esok ada berita yang memaparkan cermin kereta pecah..atau apa je lah...seolah-olah samseng jalanan yang pengecut..berani ketika ramai..dayus ketika keseorangan.

Walau apa pun terjadi ..saya mengucapkan tahniah bagi kedua-dua pasukan..sudah adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang.Peringatan kepada kepimpinan kerajaan kelantan daripada saya insan yang lemah ini.. penyakit yang dialami oleh rakyat semakin hari semakin parah..buatlah sesuatu yang terbaik untuk mengubat hati-hati yang sakit ini.Gunakanlah kemudahan ..wang ringgit rakyat untuk mencari suatu alternatif bagi meng"islam"kan dunia bola sepak kita.


"Lihatlah dengan mata hati mu..ayuh bersama-sama kita hidup mulia atau mati syahid"

Khamis, 5 November 2009

Cuti Kerana Bola : Suatu Kejahilan Moden

Gempar ...Heboh Satu Malaysia dibuatnya... apabila seluruh akhbar di Malaysia termasuk media massa yang lain telah membuat satu pengumuman seolah-olah nak sambut hari raya apabila diumumkan seluruh penduduk negeri Kelantan yang bekerja diberi cuti termasuk penganggur dan orang sakit di wad kerana "Red Warrior" masuk final bola sepak piala F.A.
Cuti atas alasan pasukan bola sepak Kelantan sudah lama tidak mencatat sejarah masuk ke final dan memberi peluang kepada berjuta-juta peminat fanatik..peminat tidak fanatik..kononnya bagi merancang perjalanan pergi dan balik agar selamat pergi dan pulang.Berbagai alasan , ulasan dan liputan dibuat yang menyebabkan pasukan penyokong ,pasukan sorak dan mungkin juga ada segelintir pasukan pengebom mercun berani mati bangkit memanaskan serta menghangatkan suasana musim hujan ini yang dijangka akan berlaku banjir.
Tidak cukup dengan liputan tv,radio dan akhbar..ditambah lagi oleh pengulas dan penglipurlara tidak bertauliah serta tidak bergaji di kedai kopi..pejabat ..staf kerajaan dan swasta termasuk cikgu-cekgi yang tak masuk kelas.
Malah di peringkat pemimpin masyarakat juga tidak ketinggalan turut 'join' sama bagi mendapatkan publisiti murahan dengan menawarkan pakej-pakej tertentu dan hadiah 'wang tunai rakyat' sebagai habuan untuk pasukan pemain dan jurulatih Kelantan jika berjaya mendapatkan gelaran juara piala F.A yang mana dikhabarkan sesi akan datang tidak akan kunjung tiba lagi melainkan terlunasnya hutang lama.Tidak cukup dengan tawaran untuk pemain ...ditambah lagi tiket yang di 'sponsor' kepada pasukan penyokong juga diberi percuma atau diskaun tertentu yang mana turut mengkayakan tangan-tangan tertentu .
Wah..hebat sungguh..Apa kata renung sekejap ke dalam diri masing-masing..."One Minute For Yourself"...apakah kerana bola..kita sanggup bergolok-bergadai yang mana kemenangan belum tentu berpihak kepada Kelantan..tapi semua orang sudah menjadi 'sasau' ...ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
Adakah salah..sekiranya pihak kerajaan Kelantan memberi sokongan moral dan "habuan" jika pasukan ini menang nanti..?
Secara kasarnya..memang patut sama sekali penghargaan diberikan kepada mereka yang telah melakar kejayaan bagi sesebuah negeri ataupun organisasi.
Namun yang menjadi persoalannya ialah kenapa perlu diumumkan cuti kepada seluruh rakyat kelantan termasuk mereka yang tidak ada kena mengena langsung dalam arena bola sepak ?
Mungkin ada mulut becok yang tersembul perkataan.."oghe bagi cuti bakpo nak tolok nya" (orang bagi cuti kenapa nak tolak..?).
Ada juga yang mungkin mengatakan bahawa ini adalah bertujuan untuk menarik hati golongan muda dan belia agar terus menyokong organisasi tertentu..Jadi bagi menunjukkan minat yang sama dengan mereka...kita meraikan dengan memberi cuti untuk pergi tonton bola sebiji di Bukit Jalil.
Malah ada banyak lagi mungkin kata-kata membina...mengkritik atau menyusahkan akan timbul ..apabila persoalan adakah cuti kerana untuk menonton bola sebagai suatu kewajaran atau merupakan suatu kejahilan moden..?
Mari kita merenung sekejap maksud firman Allah S.W.T dalam Al-Quran iaitu "bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan..dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan merosakkan.."
Adakah skim galakan bercuti kerana bola ini merupakan suatu galakan kepada perkara kebaikan..?
Malah dalam maksud hadis nabi S.A.W yang mengatakan apabila mati seorang anak adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara...sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.
Apabila di kaji bersandarkan maksud hadis ini..adakah cuti kerana bola termasuk dalam sedekah jariah...mungkin ada yang menyampuk..tu ada tiket free..sedekah apa?...Ya memang sedekah..yang mana tiket yang disedekahkan itu bukan sahaja untuk tonton bola tapi tiket tempat duduk di lubang neraka...kenapa pulak?..dari mana duit tuh..duit rakyat kan..satu lagi berapa kerat jer yang sembahyang asar,magrib dan isyak pastu tengok bola atas dasar iman...kalu nak tahu secara bukti yang jelas..kat stadium Kota Bharu..bandaraya Islam...berapa ramai pakai mazhab sesat solat tak yah..!!
Kalau nak dikira ilmu bermanfaat..berapa kerat jer yang buat kira-kira tendangan bola selaju beberapa kilometer sejam atau berapa kerat jer membuat analisis data kemahiran tendangan , tandukan dan sebagainya...rata-ratanya lebih kepada bersorak macam orang tak berakal..salah sikit lempar botol air ..baling mercun..daripada duk baling mercun apa salahnya baling duit..mana tahu..balingan tepat duit..terus 'parking' kat seluar pemain bola ... baru semangat sikit main apa.
Malah,jika nak dikira asbab doa anak soleh rasanya tak mungkin sama sekali...kerana apa..? Berapa ramai yang melaungkan takbir atau mengucapkan syukur kepada tuhan apabila bola masuk ke dalam gol..? yang jelas lagi bersuluh..tiada perkataan lain yang keluar melainkan mencaci maki,bodoh,gila dan sewaktu dengannya.
Jadi ...apa yang jelas di sini, pada pendapat saya..segelintir pemikiran pemimpin dan rakyat kelantan sebenarnya sudah hanyut dan dihinggapi virus penyakit 5 "S" yang mana salah satu "S" tersebut ialah "Sport".Jika direnung kembali berapa ramai yang sanggup bergolok bergadai ,menaja dan menawarkan pakej umrah atau haji dan sebagainya kepada mereka yang bersusah payah berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu..? Kenapa tak diumumkan cuti bagi rakyat kelantan keluar beramai-ramai mengikuti kuliah ilmu beramai-ramai secara bulanan...mungkin pandangan ini agak begitu rendah martabatnya..tapi apa yang ingin dimaksudkan di sini ..kita masih lagi boleh membiarkan dan melihat betapa ramai orang lemas dalam kejahilan agama dalam keadaan kita juga yang menyokong perkara yang sia-sia.Malah dari sudut ekonomi..peratusan dalam peningkatan saham dan sara hidup rakyat tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan kepada tangan-tangan tertentu sahaja.
Kesimpulan daripada ulasan saya secara peribadi ini ialah cuti kerana bola adalah cuti yang yang sia-sia yang mana ia boleh dikategorikan sebagai kejahilan moden yang terancang.Ingatlah kebatilan terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak sistematik.Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pandangan ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri yang dhaif sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca yang budiman.
Renunglah dengan mata hati...banyakkan istighfar dan selawat..Ayuh sama-sama kita "Hidup Mulia atau Mati Syahid kerana agama ".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati