Halaman

Isnin, 14 Jun 2010

Tahniah Buat Semua Peserta Kem Sure Solat Siri 1



Assalamualaikum..salam motivasi..

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T diatas nikmat yang tak terhingga banyaknya.
Saya selaku presiden Persatuan Pembimbing Insan Kelantan merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta siri 1 -Kem Sure Solat yang telah berlangsung dengan jayanya di Kem Putra Chengal Kota Bharu .InsyaAllah..hujung tahun ini akan diadakan pula Kem Motivasi Perkasa-i ,khusus memantapkan lagi jati diri remaja bagi menyediakan mereka dalam keadaan terkawal dan berilmu .

Sekalung penghargaan buat sahabat saya yang juga rakan seperjuangan Ghazali-MSQ Power Training kerana sudi memenuhi jemputan mengisi program ini.Juga tidak lupa kepada seluruh warga Persatuan Pembimbing Insan kelantan,barisan fasilitator,pihak penaja,katering,pengurusan kem,ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
JazakaAllah , InsyaAllah sebarang komen membina akan di teliti dan diambil perhatian.

www.teambinainsan.org


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati