Halaman

Rabu, 9 November 2011

Maklumat terbaru Kem Anak Soleh/ah Titian ke Syurga






Makluman untuk rujukan ibu bapa berkenaan kem anak soleh..boleh rujuk brosur dibawah..Ayuh segera daftar sebelum kuota penuh..InsyAllah.














Khamis, 27 Oktober 2011

Kem Anak Soleh Titian Ke Syurga






Assalamualaikum..nak maklum kepada semua..satu lagi berita baik..kepada ibu bapa yang tercari-cari program kerohanian untuk anak-anak inilah masanya anda mendaftarkan anak anda di kem anak soleh selama 5 hari..InsyaAllah ..pelbagai pengisian yang akan menyentuh jiwa dengan izin Allah S.W.T mampu mendidik hati anak-anak dan ibu bapa .

















Antara pengisian yang akan dilaksanakan nanti ialah:







  • Praktikal Wuduk & sifat Solat nabi




  • Kenali & Cinta Rasul




  • Tips Belajar Daripada Al Quran




  • Puteri Mithali & Bilal Muda




  • Hafalan Zikir & Doa




  • Alunan Nasyid & Qasidah




  • Checklist Fardhu Ain




  • Islamic Games dll







So..pakat daftar..tak kira daripada negeri kelantan atau luar kelantan boleh sertai.












Pendaftaran hanya : RM 250 sahaja untuk lima hari






Boleh bank in terus ke akaun



Darul Atiq Consultant


BIMB ( 03090010044481 )







Sila Sms nama ,waktu bank in ,nama anak,ic,jumlah bayaran kepada



Ust Hj Nazry - 0199376754



atau



Hubungi segera : 0196145154- Cikgu Raja Mohd Izani









Jumaat, 14 Oktober 2011

KEM REMAJA PONDOK 2011

Assalamualaikum ...dah nak hujung tahun rupanya..cuti sekolah lah yer..ambo nak citer skit lah..nak tau ceciter ape..tahun ni luar biasa sikit programnya...


Ia dinamakan sebagai KEM REMAJA PONDOK 2011.


Ia pertama kali diadakan di Kelantan dan juga PERTAMA KALI DI MALAYSIA.




Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja buat masa ni.




Dalam kem ini akan menyediakan pelbagai curahan ilmu daripada kitab Turath yang mana mengandungi banyak ilmu berkaitan fardhu ain yang mana wajib dipelajari bagi memenuhi tuntutan fardu ain,Qasidah,Maulid,Motivasi & Kepimpinan,Outdoor Game dan banyak lagi...



Jadi berapa lama tuh?? Sekejap jer..sebulan sahaja.Mula 26 Nov/Tamat 25 Disember 2011




Berapa Yuran ??Hanya RM 450 jerr..InsyAllah sangat berpatutan.




Berminat?? Boleh hubungi :

CEO Darul Atiq Consultant : UST HJ NAZRY 0199376754 ATAU




GENERAL MANAGER : YM RAJA MOHD IZANI 0196145154



Sebarang bayaran disalurkan kepada no.Akaun Darul Atiq Consultant 03090010044481(BIMB)





















Rabu, 24 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Untuk Semua


Ikhlas daripada

YM Raja Mohd Izani B Raja Ismail

Khamis, 30 Jun 2011

SEMINAR PECUTAN PEPERIKSAAN 2011

ASSALAMUALAIKUM..!!

INSYAALLAH kami Persatuan Pembimbing Insan Kelantan akan mengadakan Seminar Secara Percuma iaitu SEMINAR PECUTAN PEPERIKSAAN 2011 yang akan berlangsung pada 23 julai 2011 di Dewan SK Ayer Merah Machang dan 30 julai 2011 di DEwan Majlis Daerah Pasir Puteh khusus untuk pelajar Muslim yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM.

Berikut adalah maklumat berkenaan dengan seminar ini :

1.0 PENDAHULUAN

Setiap tahun peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM menjadi tumpuan para pelajar dan ibu bapa sebagai kayu ukur tahap kecemerlangan individu.Pelbagai usaha dijalankan oleh segenap pihak bagi mencapai matlamat tersebut.Bahkan ada sebilangan ibu bapa terpaksa menanggung kos yang tinggi semata-mata ingin melihat anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap subjek yang diambil.Malah ada sebilangan pelajar yang disaat- saat akhir baru terasa bahang peperiksaan yang bakal dihadapi menyebabkan diri tertekan serta hilang fokus terhadap ulangkaji pembelajaran mereka.

Justeru itu,kami pihak Persatuan Pembimbing Insan Kelantan ingin turut sama membantu para pelajar khusus untuk pelajar muslim agar tidak tersasar daripada matlamat sebenar peperiksaan itu diadakan .Program ini adalah berbentuk seminar sehari secara percuma iaitu Seminar Pecutan Peperiksaan yang akan menekankan beberapa formula berkaitan peperiksaan serta persediaan rohani dalam menyeimbangkan antara kecemerlangan peperiksaan dan kecemerlangan sahsiah.Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk bersama-sama berfikir , merancang dan bertindak untuk kita sama-sama membina kembali remaja Islam yang cintakan kecemerlangan serta pada masa yang sama mendapat keberkatan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH dan tiada tempat melarikan diri dari ALLAH melainkan kepadaNya.Cukuplah bagi kami ALLAH dan Dia lah sebaik-baik tempat penyerahan.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Membangunkan cetusan Rasa Bertuhan dihati para pelajar.Rasa Bertuhan tersebut yang akan membina hala tuju kecemerlangan kehidupan di dunia dan akhirat .

2. Membina rasa bertuah dan bersyukur di dalam diri remaja kerana dianugerahkan ALLAH SWT nikmat sebagai orang Islam.

3. Mengisi jiwa remaja dengan pengisian kerohanian, intelektual dan emosi yang mantap agar tegar dan selamat menghadapi cabaran peperiksaan yang akan dihadapi.

3.0 TEMA

“ Pelajar Cemerlang,Pelajar Beriman”

4.0 SASARAN

200 hingga 300 orang pelajar muslim yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM 2011.

5.0 TARIKH & MASA

23 Julai 2011 / 30 Julai 2011

8.30 pagi hingga 1.00 petang

6.0 TEMPAT

Dewan SK Ayer Merah Machang Kelantan

Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh

7.0 KEISTIMEWAAN PROGRAM

Dikendalikan oleh pasukan fasilitator dan motivator berpengalaman Persatuan Pembimbing Insan Kelantan atau dikenali juga sebagai Team Bina Insan dalam membentuk jiwa pelajar dengan menggabungkan antara elemen kerohanian , motivasi dan psikologi. Bahan-bahan pengisian disediakan dalam bentuk modul serta berbantukan peralatan audio visual serta lagu-lagu nasyid yang memberikan inspirasi dan pembentukan jiwa pelajar Islam yang cintakan kecemerlangan.

7.1 PENGISIAN UTAMA

· Slot 1 : Tips Menangani Stress Peperiksaan

- Bagi mempersiapkan diri remaja untuk bersedia menghadapi tekanan peperiksaan dan memahami peperiksaan bukanlah suatu perkara yang muktamad.Di samping teknik khas meredakan tekanan agar para pelajar sentiasa bertenang dalam menghadapi apa jua situasi dan cabaran.

· Slot 2 : Tips Ulangkaji Pantas Secara Efektif

- Memberi satu tasawur yang jelas kepada para pelajar agar dapat membuat persediaan ulangkaji dan nota yang berkesan menjelang peperiksaan tanpa perlu merujuk sepenuhnya kepada maklumat ataupun buku-buku teks yang tebal disaat-saat hampir kepada peperiksaan bahkan sebaliknya dapat menyerap maklumat dengan lebih pantas dan berkesan.

· Slot 3 : Tips Rahsia Kejayaan Berganda

- Menyedarkan para pelajar berkenaan ucapan,perbuatan dan tingkahlaku yang boleh menjerumuskan kepada kegagalan hidup.Justeru potensi akal dan potensi hati dicungkil untuk kejayaan dan kecemerlangan peperiksaan .Formula adunan daripada Al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W yang akan dikupas secara lebih mendalam bukan sahaja untuk kejayaan hidup dunia malah yang lebih penting kejayaan akhirat.

· Slot 4 :Munajat Peperiksaan & Doa Penutup

- Bonus untuk para pelajar yang mahu dirinya dibentuk dengan lebih mantap dan berkesan iaitu bermunajat serta berzikir yang membantu menguatkan keyakinan diri serta menambahkan kefahaman ilmu .Berdoa secara beramai-ramai bagi membangkitkan rasa ke dalam diri bahawa mesti ikhtiar sebaik mungkin dan seterusnya dipasrahkan kepada Allah S.W.T.

8.0 PENGENDALI MODUL

Persatuan Pembimbing Insan Kelantan atau dikenali juga sebagai Team Bina Insan Kelantan bernombor pendaftaran 0612-10-KEL. Merupakan badan pertubuhan bukan kerajaan, bergiat aktif menjalankan program motivasi,kerohanian dan kepimpinan serta menggabungkan elemen dakwah, motivasi, psikologi & kaunseling dengan izin Allah S.W.T dapat menyentuh serta menggerakkan nurani insan berpandukan ‘Tarbiyah Nabawiyyah’ berasaskan pendekatan kontemporari.

9.0 TENTATIF

8.30 pg : Pendaftaran Peserta

9.00 pg : Slot 1 – Tips Menangani Stress Peperiksaan

10.00 pg : Minum Pagi

10.30 pg : Slot 2 – Tips Ulangkaji Pantas Secara Efektif

12.00 tgh : Slot 3 – Tips Rahsia Kejayaan Berganda

1.00 ptg : Slot 4 – Munajat Peperiksaan & Doa Penutup

1.30 ptg : Bersurai

10.0 PENUTUP

Harapan kami adalah agar seminar ini dapat menjadi titik perubahan para pelajar muslim ke arah mengenali serta mendalami bahawa Islam sangat mementingkan kecemerlangan.Oleh itu mengamalkannya secara keseluruhan sebagai wadah cara hidup yang berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah menjamin kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

Disediakan oleh :

Persatuan Pembimbing Insan Kelantan

(Team Bina Insan)

www.teambinainsan.org

http://salammotivasi.blogspot.com

BAGI YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA CIKGU IZANI 0196145154 & SEBANYAK RM 5 SAHAJA DIKENAKAN UNTUK PENGURUSAN MODUL DAN JAMUAN.

Isnin, 23 Mei 2011

Kem Motivasi & Ibadah Remaja 2011

Assalamualaikum dan salam luar biasa baik.Alhamdulillah sekali lagi TEAM BINA INSAN KELANTAN dengan kerjasama Madrasah Tahfiz AtTaufiqiyyah telah mengambil satu inisiatif bagi mengajak para remaja di luar sana untuk mendalami ilmu dan mengubah diri menjadi insan yang positif dan cemerlang.Oleh itu ingin diwar-warkan pendaftaran sedang dibuka sebagaimana yang siarkan di akhbar Sinar Harian 17 Mei yang lalu.
Jadi rebutlah peluang keemasan ini.



TENTATIF PROGRAM

8 JUN 2011 ( Rabu)

2.30 ptg : Pendaftaran Peserta

3.00 ptg : Slot 1 – Mengapa Di Sini ?

4.30 ptg : Solat Asar Berjemaah &

Minum Petang

5.00 ptg : Slot 2 - Ice Breaking

6.30 ptg : Makan Malam

7.20 mlm : Solat Maghrib & Solat Hajat

7.40 mlm : Slot 3 – Al-Qur’an Manual

Hidup

8.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah

9.00 mlm : Minum Malam

9.30 mlm : Slot 4 – Siapa dan Kemana

Kita ?

11.00 mlm : Slot 5 – Jom Amal Sunnah

Nabi

11.45 mlm : Tidur


9 JUN 2011 (Khamis)

5.00 pg : Munajat Mukmin Super

6.00 pg : Solat Subuh

6.15 pg : Slot 6 – Adab Menuntut Ilmu

7.00 pg :Riadah Relaksasi

7.30 pg :Sarapan Pagi

8.00 pg : Slot Dhuha – Jom Jadi

Kaya,Jom Jadi Bahagia

9.00 pg : Slot 7 – Kenali Sabotaj ,

Potensi Mantap

10.40 pg : Minum pagi

11.00 pg : Slot 8 – Teknik & Rahsia

Pelajar Cemerlang

12.45 tgh : Makan tengahari

1.30 tgh : Solat Zohor berjemaah

2.00 ptg : Slot 9 – Explorace Iman

4.30 ptg : Minum petang & Solat Asar

Berjemaah

5.00 ptg : Team Building :Dynamic

Game

6.30 ptg : Makan Malam

7.20 mlm : Solat Maghrib & Bacaan

Ya Sin ,Tahlil

8.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah

9.00 mlm : Minum Malam

9.30 mlm : Slot 10 – Ikon Remaja

Mukmin

10.30 mlm : Slot 11 – Perjalanan Insan

11.45 mlm : Tidur

10 JUN 2011 ( Jumaat)

5.00 pg : Munajat Mukmin Super

6.00 pg : Solat Subuh

6.15 pg : Slot 12 – Amalan Perkasa Diri

Remaja Mukmin

7.00 pg : Riadah & Relaksasi

7.30 pg : Sarapan Pagi

8.00 pg : Slot Dhuha – Jom Jadi

Kaya,Jom Jadi Bahagia

8.30 pg : Refleksi Program

9.00 pg : Slot Khas – Bersama Ibubapa

Keluarga Bahagia

Penceramah RTM Kelantan:

Ustaz Md. Nazry Mohd. Nor

11.00 pg : Majlis Penutup &

Penyampaian Sijil

11.30 pg : Majlis Bersurai



Rabu, 20 April 2011

Kursus Meneroka Rahsia Diri.


InsyaAllah..Persatuan Pembimbing Insan Kelantan dengan kerjasama Irsyad One Resources di bawah kelolaan ustaz Yusof akan membimbing anda membongkar dan meneroka rahsia diri berdasarkan kaedah ulama silam bersilsilah sehingga Rasulullah S.A.W.

Tarikh: 14 Mei 2011 ( Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 ptg
Tempat : Masjid Kubang Kerian ,Kota Bharu
Yuran : RM 170 sahaja.
Sasaran :Pelajar IPT,Belia ,Dewasa

*Terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

Sebarang pertanyaan ..hubungi Cikgu Raja Izani 0196145154.

BUKAN KURSUS TENAGA DALAM! Yang dibincangkan ialah TENAGA KEROHANIAN yang hanya diperolehi dengan jalan tunduk pada syariat, penyucian hati dari mazmumah, ubudiyyah, tawadhu', menenggelamkan diri dalam Kuasa Allah bukan kuasa diri! Adapun tenaga kerohanian itu dengan sendirinya akan menguatkan tenaga dalaman diri anda...

BUKAN JUGA KURSUS MIND POWER! Kehebatan potensi akal juga akan disentuh, namun ia bukanlah menjadi fokus utama. Tanpa cahaya hati (yang diperolehi melalui kaedah amalan ulama tasawuf muktabar) maka cahaya akal itu masih terdedah kepada bahaya gelombang nafsu dan syaitan. Cahaya hati akan menerangkan cahaya akal dengan sendirinya, dan memperolehi hikmah-hikmah yang tiada batasannya!

TERAS : AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Segala ilmu yang dipersembahkan dan amalan yang diberikan adalah merujuk kepada disiplin-disiplin yang digariskan oleh para ulama muktabar Asya'irah dan Al Maturidiah, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Ghazali dan lain-lainnya, serta merujuk kepada karya-karya ulama' silam nusantara seperti Syeikh Abu Shamad Palembang, Syeikh Abd Malik (Tok Pulau Manis) dll.

AMALAN BERSANAD DAN BERSALASILAH Kedua-dua perkara ini sangat penting dalam setiap pengajian ilmu dan penerimaan amalan.

PROGRAM SUSULAN DAN BIMBINGAN BERTERUSAN Kursus ini hanyalah permulaan dan tidak berakhir di sini. Bagi peserta yang berminat bolehlah terus menyertai program-program susulan yang kami adakan. Lagi pula, jika ada sebarang pertanyaan hasil dari pengamalan yang dilakukan, mereka boleh merujuk kepada pihak kami.

TIDAK TERIKAT Di akhir kursus, kami akan berikan beberapa amalan bersilsilah kepada para peserta. Namun, ini tidak bererti kami mengikat peserta untuk mengikut jalur kami, bahkan digalakkan mendalami ilmu dan mencari mana-mana guru-guru mursyid yang lain. Dan peserta juga sebenarnya tidak terikat dengan amalan yang diberikan itu! Terpulanglah kepada masing-masing.

YURAN SUMBANGAN Sebahagian sumbangan yang anda berikan akan disalurkan kepada usaha pendidikan dan pembangunan agama. Maka, anda bukan sahaja memperohi manfaat ilmu dan amalan yang penuh barakah, malah pahala yang berpanjangan, insya Allah.

METHODOLOGI Bukan ceramah semata-mata (yang disampaikan melalui pendekatan motivasi dan santai), juga penggunaan audio visual, interaktif, nasyid, lagu, latihan praktikal dan doa munajat di akhir kursus.


Isnin, 4 April 2011

Jom Join SEFT

http://www.MySEFT.com/seft85Pautan

APA ITU SEFT?


SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak performance’ secara cepat, mudah & universal.

Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT adalah:
1. NLP – Neuro Linguistic Programming
2. Behavioral Therapy
3. Psychoanalisa
4. Logotherapy
5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing
6. Sedona Method
7. Ericksonian Hypnosis
8. Sugesty & Affirmation
9. Visualization
10. Provocative Therapy
11. Transcedental Relaxation & Meditation
12. Gestalt Therapy
13. Energy Therapy
14. Powerful Prayer

http://www.MySEFT.com/seft85

SEFT dapat digunakan untuk:
• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 minit
• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan "SEFT for Peak Performance"
• Meningkatkan keberuntungan dengan "The Luck Factor"
• Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep SEFT"
• Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic Person Empowerment System"
• Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace Procedure"
• Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"

Mengapa SEFT begitu efektif?? Ikuti sambungannya....layari

http://www.MySEFT.com/seft85

Isnin, 21 Mac 2011

Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah

Walaupun cuti pentengahan penggal pertama hanya seminggu,jadual amat padat..dan ketika saat langsung tiada duit belanja nak beli tiket..tibe-tibe Allah S.W.T dengan penuh kasih sayang memberiku peluang bukan setakat naik bas..siap naik FireFly gitu.

Alhamdulillah sempat cover untuk beberapa program besar antaranya Kem Beliawanis Kota Bharu,Kem Motivasi PMR& SPM di Sabak Bernam,Kem Sure Solat,Ceramah Motivasi Hijrah Diri Di Tumpat...memberikan suasana yang agak meletihkan tetapi sangat memuaskan.

InsyAllah 26 Mac 2011 sekali lagi diundang untuk ceramah Siri Pecutan Peperiksaan UPSR di Jeli.

Kepada semua peserta yang telah bersama-sama TBI diharap anda manfaatkanlah peluang dan ruang yang ada serta sebarkan kepada mereka yang lain.InsyaAllah ,apabila kita merasakan diri kita berTuhan..sudah pasti setiap masalah ada jalan keluarnya.

Sekali lagi terima kasih atas sokongan semua.JazakALLAH khairan khathira.

Rabu, 9 Februari 2011

MAKLUMAT TERKINI "KEM MOTIVASI SURE SOLAT"

ASSALAMUALAIKUM...

Makluman kepada seluruh rakyat Kelantan..penyertaan untuk Kem Motivasi Sure Solat di Jeli pada 11 & 12 Mac 2011 sudah ditutup kerana 100 orang peserta telah mendaftarkan diri secara sah.

Namun bagi yang terlepas peluang ini..usah bimbang satu lagi program yang sama akan diadakan di Institut Pengurusan Peladang pada 14 dan 15 Mac 2011..masih lagi kosong untuk 60 orang peserta sahaja lagi.

Kos Penyertaan hanya RM 45 sahaja.

Usah berlengah lagi.Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Mac 2011.

Sekian .

"Ke Arah Membina Generasi Solat Unggul "

Sabtu, 5 Februari 2011

Kem Motivasi Sure Solat Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah pagi ni sempat berjumpa dengan En.Ismail ( Abe Wei) untuk urusan penghantaran proposal Kem Motivasi Sure Solat di Jeli..Kertas kerja disemak dan pihak pengurusan berpuas hati dan akan dipanjangkan kepada Dato Pa' untuk sponsor makan minum.InsyaAllah jika diterima ..maka YB Dato akan merasmikan majlis penutup nanti.
Pautan
Jadi sebagai maklumat tambahan kepada perserta dilampirkan disini Brosur Kem untuk rujukan.Sila klik untuk download.

1. Brosur Sure SOlat di Jeli

2. Brosur Sure Solat di IPP Machang.


Jumaat, 4 Februari 2011

Kem Motivasi Sure Solat Siri 2

Assalamualaikum...

InsyaAllah..kami warga Persatuan Pembimbing Insan Kelantan (Team Bina Insan) akan mengadakan Kem Motivasi Sure Solat Siri ke 2.Beberapa penambahbaikan dan modul terbaru akan diperkenalkan bagi siri kali ini.Kami juga akan mewar-warkan dalam Sinar Harian dalam masa terdekat.


Berikut adalah maklumat awal kem ini :

Tarikh & Lokasi :

11 & 12 Mac 2011
- Pusat Dakwah Jeli,Bukit Bunga

14 & 15 Mac 2011
- Institut Pengurusan Peladang Bukit Belah Machang Kelantan
(Dekat Jabatan Perikanan Machang)


Kos Pengurusan :

RM 45 sahaja (sehingga 28 Feb shj)..
Kemudian akan dinaikkan kepada RM 60 selepas tarikh promosi.


Penyertaan :
Terbuka kepada umur 11 tahun sehingga 16 tahun sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Trainer Izani 0196145154

Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PENGUMUMAN PE
NTING !!

Sekiranya anda merasakan harga kos pengurusan terlalu mahal boleh berunding terus dengan kami dan sekiranya terlalu murah beruntunglah anda kerana kami tidak mementingkan keuntungan wang ringgit tetapi apa yang kami harapkan ialah anak anda CAKNA serta faham kenapa mereka mesti solat.

Pihak kami juga amat mengalu-alukan sumbangan penajaan untuk penyertaan anak orang miskin dan anak-anak yatim.


BONUS !!

SETIAP PENYERTAAN
MELAYAKKAN ANDA MENDAPAT HARGA PROMOSI CD
RM 14 SAHAJA !!!

ALBUM ALUNAN SENTUHAN QALBU ( ZIKIR & FIKIR)
MSQ POWER TRAINING.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati