Gempar ...Heboh Satu Malaysia dibuatnya... apabila seluruh akhbar di Malaysia termasuk media massa yang lain telah membuat satu pengumuman seolah-olah nak sambut hari raya apabila diumumkan seluruh penduduk negeri Kelantan yang bekerja diberi cuti termasuk penganggur dan orang sakit di wad kerana "Red Warrior" masuk final bola sepak piala F.A.
Cuti atas alasan pasukan bola sepak Kelantan sudah lama tidak mencatat sejarah masuk ke final dan memberi peluang kepada berjuta-juta peminat fanatik..peminat tidak fanatik..kononnya bagi merancang perjalanan pergi dan balik agar selamat pergi dan pulang.Berbagai alasan , ulasan dan liputan dibuat yang menyebabkan pasukan penyokong ,pasukan sorak dan mungkin juga ada segelintir pasukan pengebom mercun berani mati bangkit memanaskan serta menghangatkan suasana musim hujan ini yang dijangka akan berlaku banjir.
Tidak cukup dengan liputan tv,radio dan akhbar..ditambah lagi oleh pengulas dan penglipurlara tidak bertauliah serta tidak bergaji di kedai kopi..pejabat ..staf kerajaan dan swasta termasuk cikgu-cekgi yang tak masuk kelas.
Malah di peringkat pemimpin masyarakat juga tidak ketinggalan turut 'join' sama bagi mendapatkan publisiti murahan dengan menawarkan pakej-pakej tertentu dan hadiah 'wang tunai rakyat' sebagai habuan untuk pasukan pemain dan jurulatih Kelantan jika berjaya mendapatkan gelaran juara piala F.A yang mana dikhabarkan sesi akan datang tidak akan kunjung tiba lagi melainkan terlunasnya hutang lama.Tidak cukup dengan tawaran untuk pemain ...ditambah lagi tiket yang di 'sponsor' kepada pasukan penyokong juga diberi percuma atau diskaun tertentu yang mana turut mengkayakan tangan-tangan tertentu .
Wah..hebat sungguh..Apa kata renung sekejap ke dalam diri masing-masing..."One Minute For Yourself"...apakah kerana bola..kita sanggup bergolok-bergadai yang mana kemenangan belum tentu berpihak kepada Kelantan..tapi semua orang sudah menjadi 'sasau' ...ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
Adakah salah..sekiranya pihak kerajaan Kelantan memberi sokongan moral dan "habuan" jika pasukan ini menang nanti..?
Secara kasarnya..memang patut sama sekali penghargaan diberikan kepada mereka yang telah melakar kejayaan bagi sesebuah negeri ataupun organisasi.
Namun yang menjadi persoalannya ialah kenapa perlu diumumkan cuti kepada seluruh rakyat kelantan termasuk mereka yang tidak ada kena mengena langsung dalam arena bola sepak ?
Mungkin ada mulut becok yang tersembul perkataan.."oghe bagi cuti bakpo nak tolok nya" (orang bagi cuti kenapa nak tolak..?).
Ada juga yang mungkin mengatakan bahawa ini adalah bertujuan untuk menarik hati golongan muda dan belia agar terus menyokong organisasi tertentu..Jadi bagi menunjukkan minat yang sama dengan mereka...kita meraikan dengan memberi cuti untuk pergi tonton bola sebiji di Bukit Jalil.
Malah ada banyak lagi mungkin kata-kata membina...mengkritik atau menyusahkan akan timbul ..apabila persoalan adakah cuti kerana untuk menonton bola sebagai suatu kewajaran atau merupakan suatu kejahilan moden..?
Mari kita merenung sekejap maksud firman Allah S.W.T dalam Al-Quran iaitu "bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan..dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan merosakkan.."
Adakah skim galakan bercuti kerana bola ini merupakan suatu galakan kepada perkara kebaikan..?
Malah dalam maksud hadis nabi S.A.W yang mengatakan apabila mati seorang anak adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara...sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.
Apabila di kaji bersandarkan maksud hadis ini..adakah cuti kerana bola termasuk dalam sedekah jariah...mungkin ada yang menyampuk..tu ada tiket free..sedekah apa?...Ya memang sedekah..yang mana tiket yang disedekahkan itu bukan sahaja untuk tonton bola tapi tiket tempat duduk di lubang neraka...kenapa pulak?..dari mana duit tuh..duit rakyat kan..satu lagi berapa kerat jer yang sembahyang asar,magrib dan isyak pastu tengok bola atas dasar iman...kalu nak tahu secara bukti yang jelas..kat stadium Kota Bharu..bandaraya Islam...berapa ramai pakai mazhab sesat solat tak yah..!!
Kalau nak dikira ilmu bermanfaat..berapa kerat jer yang buat kira-kira tendangan bola selaju beberapa kilometer sejam atau berapa kerat jer membuat analisis data kemahiran tendangan , tandukan dan sebagainya...rata-ratanya lebih kepada bersorak macam orang tak berakal..salah sikit lempar botol air ..baling mercun..daripada duk baling mercun apa salahnya baling duit..mana tahu..balingan tepat duit..terus 'parking' kat seluar pemain bola ... baru semangat sikit main apa.
Malah,jika nak dikira asbab doa anak soleh rasanya tak mungkin sama sekali...kerana apa..? Berapa ramai yang melaungkan takbir atau mengucapkan syukur kepada tuhan apabila bola masuk ke dalam gol..? yang jelas lagi bersuluh..tiada perkataan lain yang keluar melainkan mencaci maki,bodoh,gila dan sewaktu dengannya.
Jadi ...apa yang jelas di sini, pada pendapat saya..segelintir pemikiran pemimpin dan rakyat kelantan sebenarnya sudah hanyut dan dihinggapi virus penyakit 5 "S" yang mana salah satu "S" tersebut ialah "Sport".Jika direnung kembali berapa ramai yang sanggup bergolok bergadai ,menaja dan menawarkan pakej umrah atau haji dan sebagainya kepada mereka yang bersusah payah berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu..? Kenapa tak diumumkan cuti bagi rakyat kelantan keluar beramai-ramai mengikuti kuliah ilmu beramai-ramai secara bulanan...mungkin pandangan ini agak begitu rendah martabatnya..tapi apa yang ingin dimaksudkan di sini ..kita masih lagi boleh membiarkan dan melihat betapa ramai orang lemas dalam kejahilan agama dalam keadaan kita juga yang menyokong perkara yang sia-sia.Malah dari sudut ekonomi..peratusan dalam peningkatan saham dan sara hidup rakyat tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan kepada tangan-tangan tertentu sahaja.
Kesimpulan daripada ulasan saya secara peribadi ini ialah cuti kerana bola adalah cuti yang yang sia-sia yang mana ia boleh dikategorikan sebagai kejahilan moden yang terancang.Ingatlah kebatilan terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak sistematik.Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pandangan ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri yang dhaif sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca yang budiman.
Renunglah dengan mata hati...banyakkan istighfar dan selawat..Ayuh sama-sama kita "Hidup Mulia atau Mati Syahid kerana agama ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan