Halaman

Selasa, 2 Mac 2010

AYam Proses Segar Sedia Dijual!!

Assalamualaikum dan salam maulidurrasul..Pertama sekali syukur pada Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan agenda dan halatuju ke syurga ALLAH..terima kasih dan JazakAllah kepada penyumbang dana..pemberi zakat untuk sama-sama menjayakan projek ayam proses segar dalam usaha membantu keluarga En.Rusli agar dapat keluar daripada tahap kemiskinan tegar.

Semalam 2 Mac 2010 telah diadakan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan segala urusan perniagaan ayam proses segar.

Hari ini 3 Mac 2010 bermulalah langkah pertama dalam menjayakan projek ini setelah sebulan berhempas pulas menyediakan prasarana dan modal untuk memastikan projek ini berjalan lancar.Sebagai permulaan 40 ekor ayam hidup telah dibeli dan telah pun diproses serta dijual.Alhamdulillah sambutan menggalakkan kerana harga yang lebih murah berbanding harga pasaran semasa serta servis penghantaran percuma disediakan untuk pelanggan yang menempah atau memborong ayam yang telah diproses.

Saya mewakili keluarga En.Rusli mengucapkan sekali lagi terima kasih dan jazakAllah di atas sumbangan tuan/puan sehingga projek ini berjaya dilaksanakan.Berkat sumbangan dan doa kaliant telah Allah S.W.T makbulkan dan semoga Allah S.W.T akan memberkati hidup tuan/puan dunia dan akhirat.

Bagi tuan/puan yang berada sekitar daerah Machang dan Tanah Merah,tempahan bolehlah dibuat segera dan harga boleh dirunding mengikut kadar tempahan.

JazakAllah dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati