Halaman

Jumaat, 20 November 2009

"Golden Holiday"

Salam..Alhamdulillah akhirnya sampai jugak akhir tahun persekolahan 2009.Tak sangka..rasanya baru jer "posting".Pejam-celik dah habis dah ngajar untuk tahun 2009...cuti sekolah tak leh nak rilek lebih2 jugak lah..walaupun tak mengajar kat sekolah..ada jugak ler kursus dalam cuti.

Kepada seluruh pelajar sekolah..cuti tuh jgn asyik duk berfoya-foya lebih-lebih..jgn lupa siapkan kerja rumah time cuti ni.Kalau kat Kelantan ni mesti setiap pelajar dan murid diberi kerja cuti sekolah yang dipanggil "Golden Holiday" gitu.

So,nak bercuti kat mana-mana pun ok..tapi belajar tetap belajar.

InsyaAllah ..ada rezeki tahun depan cadang nak mula wat master lah pulak..secara pjj.

Sabtu, 14 November 2009

Syukran Jazilan USM K.Kerian

SAlam motivasi..ingin saya dedikasikan ucapan terima kasih kerana menjemput saya sebagai penceramah dan tahniah kepada penganjur program bulan ibadah yang di anggotai oleh pelajar perubatan tahun pertama di Fakulti Sains Perubatan HUSM.

Tidak lupa juga buat Ustaz Rusdian ,Pengarah Pusat Islam HUSM yang memang sporting dan setia menunggu dan mendengar ceramah saya sampai habis.

Saya ingin berkongsi sedikit saranan yang telah diberikan pada ceramah saya semalam..saya amat mengharapkan suatu perubahan ke arah menggabungkan elemen perubatan moden dengan elemen kerohanian.Antaranya saya menyarankan agar setiap para doktor dan pembantu perubatan agar menjadikan amalan menyebut basmalah setiap kali merawat pesakit kerana setiap perbuatan yang baik itu jika dimulakan dengan basmalah akan ada keberkatannya.Selain itu..saya juga menyarankan agar ahli perubatan menyarankan kepada pesakit agar sebelum makan ubat , bacalah basamalah ,al fatihah dan selawat syifa.Ini kerana Al-Quran adalah penawar.Maka apabila digabungkan kaedah ini..moga-moga kita akan sentiasa ingat pada Allah yang Maha Penyembuh..dan ubat hanyalah sebagai ikhtiar.

InsyaAllah semoga semua yang hadir dalam sesi interaksi semalam akan mendapat suatu input yang boleh diimplementasikan dalam hidup kita bersama.

Sekali lagi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat .Semoga amalan baik ini diterima Allah sebagai amalan yang soleh..Amiin.

Sabtu, 7 November 2009

Red Warrior : Duit Rakyat Habis,Apa Sudah Jadi ?!

Saya ingin mengucapkan "Tahniah" kepada skuad bola sepak negeri sembilan di atas kemenangan sebagai juara piala F.A yang telah berjaya membelasah dan mengkucar-kacirkan serta memper'bodoh'kan pertahanan kelantan yang angkuh.Kemenangan 3 berbalas satu merupakan suatu rahmat dari tuhan yang perlu disyukuri oleh pemain dan penyokong skuad negeri sembilan.

Namun yang menjadi persoalan sekarang apa sudah jadi kepada skuad Kelantan..? Terlalu ghairah nak menang ...!! sehingga terlalu hambar permainan dalam keadaan benteng pertahanan yang terlalu rapuh...atau terlalu tertekan kerana berdepan dengan pihak lawan yang berstrategi..?Saya tidaklah menonton keseluruhan pemainan kerana nak siapkan modul ceramah..tapi sempat lah jugak tengok sekejap-sekejap.

Apa yang menyedihkan lagi ,apabila penalti dikenakan disebabkan berlaku kekasaran juga telah menaikkan darah penyokong kelantan yang tidak senang duduk sejak awal permainan.Ada yang angkat punggung ..ada juga menunjukkan protes dengan membakar mercun dan membaling botol..malah ada yang lebih "dayus" sanggup membakar kerusi dan sepanduk ibarat "orang kalah judi".

Apakah ini suatu pengajaran kepada kepimpinan Kelantan bahawa dengan menaja tiket dan sebagainya merupakan suatu pengajaran agar tidak menyalahgunakan wang rakyat dan amanah kepimpinan dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Sungguh memalukan lagi dengan kehadiran penyokong yang sanggup menukar iman mereka dengan ber'tuhan'kan bola..solat entah dilaksana atau tidak..membuat onar dengan membaling botol dan mercun ke padang..tambah menjijikkan sanggup membakar harta awam seperti kerusi stadium yang tidak berdosa itu.Apakah ini yang cuba ditonjolkan oleh negeri yang berstatus "Serambi Mekah" ini ???

Tujuan saya menimbulkan perkara ini..bukanlah suatu penyataan yang saya anti kepada mana-mana pihak..akan tetapi saya ingin menyampaikan mesej bahawa jangan fanatik kepada bola.

Terselit dalam artikel saya sebelum ini..pernah saya nyatakan cuti kerana bola merupakan suatu kejahilan moden ..dan ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah negeri yang dipimpin oleh kerajaan yang bermaruah.

Tak tahulah apa akan terjadi kepada dunia bola sepak Malaysia..yang berkonsepkan satu Malaysia gitu..apabila penyokong fanatik dan separa fanatik ini tidak lagi waras apabila satu-satu pasukan yang diminati itu kalah..? mungkin pagi esok ada berita yang memaparkan cermin kereta pecah..atau apa je lah...seolah-olah samseng jalanan yang pengecut..berani ketika ramai..dayus ketika keseorangan.

Walau apa pun terjadi ..saya mengucapkan tahniah bagi kedua-dua pasukan..sudah adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang.Peringatan kepada kepimpinan kerajaan kelantan daripada saya insan yang lemah ini.. penyakit yang dialami oleh rakyat semakin hari semakin parah..buatlah sesuatu yang terbaik untuk mengubat hati-hati yang sakit ini.Gunakanlah kemudahan ..wang ringgit rakyat untuk mencari suatu alternatif bagi meng"islam"kan dunia bola sepak kita.


"Lihatlah dengan mata hati mu..ayuh bersama-sama kita hidup mulia atau mati syahid"

Khamis, 5 November 2009

Cuti Kerana Bola : Suatu Kejahilan Moden

Gempar ...Heboh Satu Malaysia dibuatnya... apabila seluruh akhbar di Malaysia termasuk media massa yang lain telah membuat satu pengumuman seolah-olah nak sambut hari raya apabila diumumkan seluruh penduduk negeri Kelantan yang bekerja diberi cuti termasuk penganggur dan orang sakit di wad kerana "Red Warrior" masuk final bola sepak piala F.A.
Cuti atas alasan pasukan bola sepak Kelantan sudah lama tidak mencatat sejarah masuk ke final dan memberi peluang kepada berjuta-juta peminat fanatik..peminat tidak fanatik..kononnya bagi merancang perjalanan pergi dan balik agar selamat pergi dan pulang.Berbagai alasan , ulasan dan liputan dibuat yang menyebabkan pasukan penyokong ,pasukan sorak dan mungkin juga ada segelintir pasukan pengebom mercun berani mati bangkit memanaskan serta menghangatkan suasana musim hujan ini yang dijangka akan berlaku banjir.
Tidak cukup dengan liputan tv,radio dan akhbar..ditambah lagi oleh pengulas dan penglipurlara tidak bertauliah serta tidak bergaji di kedai kopi..pejabat ..staf kerajaan dan swasta termasuk cikgu-cekgi yang tak masuk kelas.
Malah di peringkat pemimpin masyarakat juga tidak ketinggalan turut 'join' sama bagi mendapatkan publisiti murahan dengan menawarkan pakej-pakej tertentu dan hadiah 'wang tunai rakyat' sebagai habuan untuk pasukan pemain dan jurulatih Kelantan jika berjaya mendapatkan gelaran juara piala F.A yang mana dikhabarkan sesi akan datang tidak akan kunjung tiba lagi melainkan terlunasnya hutang lama.Tidak cukup dengan tawaran untuk pemain ...ditambah lagi tiket yang di 'sponsor' kepada pasukan penyokong juga diberi percuma atau diskaun tertentu yang mana turut mengkayakan tangan-tangan tertentu .
Wah..hebat sungguh..Apa kata renung sekejap ke dalam diri masing-masing..."One Minute For Yourself"...apakah kerana bola..kita sanggup bergolok-bergadai yang mana kemenangan belum tentu berpihak kepada Kelantan..tapi semua orang sudah menjadi 'sasau' ...ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
Adakah salah..sekiranya pihak kerajaan Kelantan memberi sokongan moral dan "habuan" jika pasukan ini menang nanti..?
Secara kasarnya..memang patut sama sekali penghargaan diberikan kepada mereka yang telah melakar kejayaan bagi sesebuah negeri ataupun organisasi.
Namun yang menjadi persoalannya ialah kenapa perlu diumumkan cuti kepada seluruh rakyat kelantan termasuk mereka yang tidak ada kena mengena langsung dalam arena bola sepak ?
Mungkin ada mulut becok yang tersembul perkataan.."oghe bagi cuti bakpo nak tolok nya" (orang bagi cuti kenapa nak tolak..?).
Ada juga yang mungkin mengatakan bahawa ini adalah bertujuan untuk menarik hati golongan muda dan belia agar terus menyokong organisasi tertentu..Jadi bagi menunjukkan minat yang sama dengan mereka...kita meraikan dengan memberi cuti untuk pergi tonton bola sebiji di Bukit Jalil.
Malah ada banyak lagi mungkin kata-kata membina...mengkritik atau menyusahkan akan timbul ..apabila persoalan adakah cuti kerana untuk menonton bola sebagai suatu kewajaran atau merupakan suatu kejahilan moden..?
Mari kita merenung sekejap maksud firman Allah S.W.T dalam Al-Quran iaitu "bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan..dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan merosakkan.."
Adakah skim galakan bercuti kerana bola ini merupakan suatu galakan kepada perkara kebaikan..?
Malah dalam maksud hadis nabi S.A.W yang mengatakan apabila mati seorang anak adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara...sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.
Apabila di kaji bersandarkan maksud hadis ini..adakah cuti kerana bola termasuk dalam sedekah jariah...mungkin ada yang menyampuk..tu ada tiket free..sedekah apa?...Ya memang sedekah..yang mana tiket yang disedekahkan itu bukan sahaja untuk tonton bola tapi tiket tempat duduk di lubang neraka...kenapa pulak?..dari mana duit tuh..duit rakyat kan..satu lagi berapa kerat jer yang sembahyang asar,magrib dan isyak pastu tengok bola atas dasar iman...kalu nak tahu secara bukti yang jelas..kat stadium Kota Bharu..bandaraya Islam...berapa ramai pakai mazhab sesat solat tak yah..!!
Kalau nak dikira ilmu bermanfaat..berapa kerat jer yang buat kira-kira tendangan bola selaju beberapa kilometer sejam atau berapa kerat jer membuat analisis data kemahiran tendangan , tandukan dan sebagainya...rata-ratanya lebih kepada bersorak macam orang tak berakal..salah sikit lempar botol air ..baling mercun..daripada duk baling mercun apa salahnya baling duit..mana tahu..balingan tepat duit..terus 'parking' kat seluar pemain bola ... baru semangat sikit main apa.
Malah,jika nak dikira asbab doa anak soleh rasanya tak mungkin sama sekali...kerana apa..? Berapa ramai yang melaungkan takbir atau mengucapkan syukur kepada tuhan apabila bola masuk ke dalam gol..? yang jelas lagi bersuluh..tiada perkataan lain yang keluar melainkan mencaci maki,bodoh,gila dan sewaktu dengannya.
Jadi ...apa yang jelas di sini, pada pendapat saya..segelintir pemikiran pemimpin dan rakyat kelantan sebenarnya sudah hanyut dan dihinggapi virus penyakit 5 "S" yang mana salah satu "S" tersebut ialah "Sport".Jika direnung kembali berapa ramai yang sanggup bergolok bergadai ,menaja dan menawarkan pakej umrah atau haji dan sebagainya kepada mereka yang bersusah payah berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu..? Kenapa tak diumumkan cuti bagi rakyat kelantan keluar beramai-ramai mengikuti kuliah ilmu beramai-ramai secara bulanan...mungkin pandangan ini agak begitu rendah martabatnya..tapi apa yang ingin dimaksudkan di sini ..kita masih lagi boleh membiarkan dan melihat betapa ramai orang lemas dalam kejahilan agama dalam keadaan kita juga yang menyokong perkara yang sia-sia.Malah dari sudut ekonomi..peratusan dalam peningkatan saham dan sara hidup rakyat tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan kepada tangan-tangan tertentu sahaja.
Kesimpulan daripada ulasan saya secara peribadi ini ialah cuti kerana bola adalah cuti yang yang sia-sia yang mana ia boleh dikategorikan sebagai kejahilan moden yang terancang.Ingatlah kebatilan terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak sistematik.Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pandangan ini hanyalah pandangan peribadi saya sendiri yang dhaif sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca yang budiman.
Renunglah dengan mata hati...banyakkan istighfar dan selawat..Ayuh sama-sama kita "Hidup Mulia atau Mati Syahid kerana agama ".

Aurat : Apa Sudah Jadi ?


Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin. net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira 'sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan 'fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau.
Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
" Pesanan Penaja: Renungkanlah dengan mata hatimu,hiasilah dirimu dengan iman dan amal soleh.Pilihlah antara dua sama ada "hidup mulia atau mati syahid".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati