Assalamualaikum..salam motivasi.
InsyaAllah saya dan rakan-rakan dalam proses mengumpul dana bagi menampung kos projek proses ayam segar yang akan bermula pada pertengahan bulan Februari 2010 untuk membantu keluarga En .Rusli di Kg.Kaabah Machang Kelantan yang berada pada tahap kemiskinan tegar.
Anggaran kos adalah hampir RM 3000 yang mana meliputi pembelian alat pengasing bulu ayam,simen,kayu dan beberapa perkara lagi.InsyaAllah saya akan detailkan kemudian.
Sehubungan dengan itu,saya dengan rendah hati meminta jasa baik dato' datin,tuan/puan,sahabat-sahabat yang bekerja dan ingin memberi sumbangan setakat kemampuan yang ada,saya sangat-sangat bersyukur kepada ALLAh S.W.T dan terima kasih banyak atas sumbangan tersebut.
Saya akan maklumkan berita terkini berkenaan projek ini di dalam blog ini pada masa akan datang.Saya juga mengalu-alukan sumbangan dan juga zakat untuk keluarga En.Rusli daripada NGO dan badan berkanun serta orang persendirian.InsyAllah setiap sumbangan anda,Allah S.W.T akan menggandakan pahala di sisiNya .
Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
1.Bank Islam - 03045020098601 ( atas nama :Raja Mohd Izani Raja Ismail)
2.Sebarang transaksi sila maklumkan kepada saya - 0196145154 (Cikgu Izani)
"Sesungguhnya kita dijadikan tuhan untuk memikirkan akan kejadianNYa" "Makanan otak adalah dengan berfikir.Tanpa berfikir 20 ribu sel akan mati..." "Berfikirlah sebelum berkata-kata..ibarat pepatah kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa.." "Berdakwah bukan hanya mengeluarkan kata-kata..bahkan bijak menyusun kata bisa menarik hati manusia kepada Sang Pencipta.."-izani 2011 - "MENJANA TRANFORMASI REMAJA MUSLIM 2012"
Isnin, 18 Januari 2010
Sabtu, 9 Januari 2010
MEMBENARKAN DAN MENYOKONG ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN
MEMBENARKAN DAN MENYOKONG ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN
Penjelasan Isu Ini Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Pada hari Khamis, 7 Januari 2010, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menyampaikan Kuliah Maghrib seperti biasa di Surau Annur Bandar Baru Bangi. Slot Kuliah Feqah pada kali ini digantikan dengan ceramah penerangan tentang isu kalimah Allah yang digunakan oleh orang Kristian.
Penerangan oleh Tuan Guru ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu;
Penerangan oleh Tuan Guru ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu;
1. Apakah alasan dan hujjah yang boleh menyebabkan orang Islam menjadi kufur jika membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah sebagai mengantikan perkataan GOD.
2. Apakah akibatnya jika kita orang Islam membenarkan dan menyokong orang Kristien menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka.
3. Apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang apabila orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka.
4. Tuan Guru menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.
Untuk mendengar penjelasan ini sila muat turun rakaman kuliah ini seperti di link berikut. Audio rakaman ini telah dibahagikan mengikut bahagian yang diterangkan di atas.
Layari :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=87
Sabtu, 2 Januari 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Salam..buat semua guru sudahkah bersedia untuk meneruskan tugas baru pada tahun ini..?Apakah KPI anda tahun ini..? Renungkan..
Buat semua pelajar dan murid..rasanya dah tak sabar nak pakai uniform sekolah yang baru...betul tak? So,belajar bersungguh-sungguh..jangan buat hal yang tak patut..teruskan perjuangan sehingga berjaya.
Salam motivasi 2010.
Buat semua pelajar dan murid..rasanya dah tak sabar nak pakai uniform sekolah yang baru...betul tak? So,belajar bersungguh-sungguh..jangan buat hal yang tak patut..teruskan perjuangan sehingga berjaya.
Salam motivasi 2010.
Langgan:
Catatan (Atom)