"Sesungguhnya kita dijadikan tuhan untuk memikirkan akan kejadianNYa" "Makanan otak adalah dengan berfikir.Tanpa berfikir 20 ribu sel akan mati..." "Berfikirlah sebelum berkata-kata..ibarat pepatah kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa.." "Berdakwah bukan hanya mengeluarkan kata-kata..bahkan bijak menyusun kata bisa menarik hati manusia kepada Sang Pencipta.."-izani 2011 - "MENJANA TRANFORMASI REMAJA MUSLIM 2012"
Ahad, 29 April 2012
Khamis, 5 April 2012
HARUM
Majlis Mahabbah Rasulullah SAW dengan himpunan Ulama-Ulama dan Rumpun Kekeluargaan seluruh Nusantara 13 - 15 April 2012. Marilah kita beramai-ramai menghadiri majlis Mahabbah Rasulullah yang penuh baraqah ini.
"HIDUPKAN CINTA KERNA DALAM JIWAMU ADA CINTA" - Disini Bermulanya Cinta...
1. Muzakarah Majlis Pengkajian Tauhid-Tasawuf Se-Asia Tenggara
2. Seminar Menelusuri Dakwah & Perjuangan Wali Songo
3. Ummah SeNusantara Berselawat
4. Anak-Anak Berselawat
5. Ceramah Perdana ‘Tauhid-Tasawuf’
6. Pameran Kenali Wali Songo & Sejarah Nusantara
7. Konsert ‘Syahadah Cinta’
8. Munajat Perdana ‘Hijrah Cinta’
PROGRAM LAIN
1. Ekspo/Karnival Pengguna (Gerai Jualan)
2. Khidmat Terapi & Perubatan Islam
3. Siri Kuliah Subuh Perdana
4. Halaqah Pagi/Dhuha Perdana
5. Halaqah Ilmu Persilatan, Demonstrasi & Pensejarahannya
6. Pertandingan Kompang & Selawat
7. Pertandingan Amal Islami (Dewasa & kanak-kanak)
8. Diskusi Buku
1. | HaRUM adalah singkatan Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 13 hingga 15 April 2012 | |
2. | Himpunan ini antara lain bertujuan mengeratkan ikatan kekeluargaan rumpun Nusantara berteraskan penghayatan sebenar Tauhid-Tasawuf. Pengkajian tentang sejarah kedatangan ISLAM ke Tanah Melayu ini melibatkan susur galur yang panjang dan sejarah yang menarik; sebutkan CERIBON, PATANI, MELAKA, JAWA..dari satu rumpun sebenarnya kita bermula. Maka kita cuba tautkan kembali atas dasar cinta kepada UMMAH. | |
3. | Maka digagaskan beberapa objektif yang dilihat memerlukan kerjasama ramai pihak bagi | |
- | Mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan rumpun Nusantara; | |
- | Meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai satu rumpun; | |
- | Memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan rantau Nusantara.mencapainya. | |
4. | Temanya pada kali ini adalah 'Di sini bermulanya Cinta’ | |
5. | Himpunan kekeluargaan ini melibatkan ulama senusantara samada dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Singapura, Brunei. |