Halaman

Rabu, 20 April 2011

Kursus Meneroka Rahsia Diri.


InsyaAllah..Persatuan Pembimbing Insan Kelantan dengan kerjasama Irsyad One Resources di bawah kelolaan ustaz Yusof akan membimbing anda membongkar dan meneroka rahsia diri berdasarkan kaedah ulama silam bersilsilah sehingga Rasulullah S.A.W.

Tarikh: 14 Mei 2011 ( Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 ptg
Tempat : Masjid Kubang Kerian ,Kota Bharu
Yuran : RM 170 sahaja.
Sasaran :Pelajar IPT,Belia ,Dewasa

*Terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

Sebarang pertanyaan ..hubungi Cikgu Raja Izani 0196145154.

BUKAN KURSUS TENAGA DALAM! Yang dibincangkan ialah TENAGA KEROHANIAN yang hanya diperolehi dengan jalan tunduk pada syariat, penyucian hati dari mazmumah, ubudiyyah, tawadhu', menenggelamkan diri dalam Kuasa Allah bukan kuasa diri! Adapun tenaga kerohanian itu dengan sendirinya akan menguatkan tenaga dalaman diri anda...

BUKAN JUGA KURSUS MIND POWER! Kehebatan potensi akal juga akan disentuh, namun ia bukanlah menjadi fokus utama. Tanpa cahaya hati (yang diperolehi melalui kaedah amalan ulama tasawuf muktabar) maka cahaya akal itu masih terdedah kepada bahaya gelombang nafsu dan syaitan. Cahaya hati akan menerangkan cahaya akal dengan sendirinya, dan memperolehi hikmah-hikmah yang tiada batasannya!

TERAS : AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Segala ilmu yang dipersembahkan dan amalan yang diberikan adalah merujuk kepada disiplin-disiplin yang digariskan oleh para ulama muktabar Asya'irah dan Al Maturidiah, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Ghazali dan lain-lainnya, serta merujuk kepada karya-karya ulama' silam nusantara seperti Syeikh Abu Shamad Palembang, Syeikh Abd Malik (Tok Pulau Manis) dll.

AMALAN BERSANAD DAN BERSALASILAH Kedua-dua perkara ini sangat penting dalam setiap pengajian ilmu dan penerimaan amalan.

PROGRAM SUSULAN DAN BIMBINGAN BERTERUSAN Kursus ini hanyalah permulaan dan tidak berakhir di sini. Bagi peserta yang berminat bolehlah terus menyertai program-program susulan yang kami adakan. Lagi pula, jika ada sebarang pertanyaan hasil dari pengamalan yang dilakukan, mereka boleh merujuk kepada pihak kami.

TIDAK TERIKAT Di akhir kursus, kami akan berikan beberapa amalan bersilsilah kepada para peserta. Namun, ini tidak bererti kami mengikat peserta untuk mengikut jalur kami, bahkan digalakkan mendalami ilmu dan mencari mana-mana guru-guru mursyid yang lain. Dan peserta juga sebenarnya tidak terikat dengan amalan yang diberikan itu! Terpulanglah kepada masing-masing.

YURAN SUMBANGAN Sebahagian sumbangan yang anda berikan akan disalurkan kepada usaha pendidikan dan pembangunan agama. Maka, anda bukan sahaja memperohi manfaat ilmu dan amalan yang penuh barakah, malah pahala yang berpanjangan, insya Allah.

METHODOLOGI Bukan ceramah semata-mata (yang disampaikan melalui pendekatan motivasi dan santai), juga penggunaan audio visual, interaktif, nasyid, lagu, latihan praktikal dan doa munajat di akhir kursus.


Isnin, 4 April 2011

Jom Join SEFT

http://www.MySEFT.com/seft85Pautan

APA ITU SEFT?


SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak performance’ secara cepat, mudah & universal.

Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT adalah:
1. NLP – Neuro Linguistic Programming
2. Behavioral Therapy
3. Psychoanalisa
4. Logotherapy
5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing
6. Sedona Method
7. Ericksonian Hypnosis
8. Sugesty & Affirmation
9. Visualization
10. Provocative Therapy
11. Transcedental Relaxation & Meditation
12. Gestalt Therapy
13. Energy Therapy
14. Powerful Prayer

http://www.MySEFT.com/seft85

SEFT dapat digunakan untuk:
• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 minit
• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan "SEFT for Peak Performance"
• Meningkatkan keberuntungan dengan "The Luck Factor"
• Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep SEFT"
• Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic Person Empowerment System"
• Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace Procedure"
• Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"

Mengapa SEFT begitu efektif?? Ikuti sambungannya....layari

http://www.MySEFT.com/seft85

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati