Walaupun cuti pentengahan penggal pertama hanya seminggu,jadual amat padat..dan ketika saat langsung tiada duit belanja nak beli tiket..tibe-tibe Allah S.W.T dengan penuh kasih sayang memberiku peluang bukan setakat naik bas..siap naik FireFly gitu.
Alhamdulillah sempat cover untuk beberapa program besar antaranya Kem Beliawanis Kota Bharu,Kem Motivasi PMR& SPM di Sabak Bernam,Kem Sure Solat,Ceramah Motivasi Hijrah Diri Di Tumpat...memberikan suasana yang agak meletihkan tetapi sangat memuaskan.
InsyAllah 26 Mac 2011 sekali lagi diundang untuk ceramah Siri Pecutan Peperiksaan UPSR di Jeli.
Kepada semua peserta yang telah bersama-sama TBI diharap anda manfaatkanlah peluang dan ruang yang ada serta sebarkan kepada mereka yang lain.InsyaAllah ,apabila kita merasakan diri kita berTuhan..sudah pasti setiap masalah ada jalan keluarnya.
Sekali lagi terima kasih atas sokongan semua.JazakALLAH khairan khathira.
"Sesungguhnya kita dijadikan tuhan untuk memikirkan akan kejadianNYa" "Makanan otak adalah dengan berfikir.Tanpa berfikir 20 ribu sel akan mati..." "Berfikirlah sebelum berkata-kata..ibarat pepatah kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa.." "Berdakwah bukan hanya mengeluarkan kata-kata..bahkan bijak menyusun kata bisa menarik hati manusia kepada Sang Pencipta.."-izani 2011 - "MENJANA TRANFORMASI REMAJA MUSLIM 2012"