"Sesungguhnya kita dijadikan tuhan untuk memikirkan akan kejadianNYa" "Makanan otak adalah dengan berfikir.Tanpa berfikir 20 ribu sel akan mati..." "Berfikirlah sebelum berkata-kata..ibarat pepatah kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa.." "Berdakwah bukan hanya mengeluarkan kata-kata..bahkan bijak menyusun kata bisa menarik hati manusia kepada Sang Pencipta.."-izani 2011 - "MENJANA TRANFORMASI REMAJA MUSLIM 2012"
Rabu, 9 November 2011
Maklumat terbaru Kem Anak Soleh/ah Titian ke Syurga
Khamis, 27 Oktober 2011
Kem Anak Soleh Titian Ke Syurga
Antara pengisian yang akan dilaksanakan nanti ialah:
- Praktikal Wuduk & sifat Solat nabi
- Kenali & Cinta Rasul
- Tips Belajar Daripada Al Quran
- Puteri Mithali & Bilal Muda
- Hafalan Zikir & Doa
- Alunan Nasyid & Qasidah
- Checklist Fardhu Ain
- Islamic Games dll
Boleh bank in terus ke akaun
Darul Atiq Consultant
BIMB ( 03090010044481 )
Sila Sms nama ,waktu bank in ,nama anak,ic,jumlah bayaran kepada
Ust Hj Nazry - 0199376754
atau
Jumaat, 14 Oktober 2011
KEM REMAJA PONDOK 2011
Rabu, 24 Ogos 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Untuk Semua
Ikhlas daripada
YM Raja Mohd Izani B Raja Ismail
Khamis, 30 Jun 2011
SEMINAR PECUTAN PEPERIKSAAN 2011
INSYAALLAH kami Persatuan Pembimbing Insan Kelantan akan mengadakan Seminar Secara Percuma iaitu SEMINAR PECUTAN PEPERIKSAAN 2011 yang akan berlangsung pada 23 julai 2011 di Dewan SK Ayer Merah Machang dan 30 julai 2011 di DEwan Majlis Daerah Pasir Puteh khusus untuk pelajar Muslim yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM.
Berikut adalah maklumat berkenaan dengan seminar ini :
1.0 PENDAHULUAN
Setiap tahun peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM menjadi tumpuan para pelajar dan ibu bapa sebagai kayu ukur tahap kecemerlangan individu.Pelbagai usaha dijalankan oleh segenap pihak bagi mencapai matlamat tersebut.Bahkan ada sebilangan ibu bapa terpaksa menanggung kos yang tinggi semata-mata ingin melihat anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap subjek yang diambil.Malah ada sebilangan pelajar yang disaat- saat akhir baru terasa bahang peperiksaan yang bakal dihadapi menyebabkan diri tertekan serta hilang fokus terhadap ulangkaji pembelajaran mereka.
Justeru itu,kami pihak Persatuan Pembimbing Insan Kelantan ingin turut sama membantu para pelajar khusus untuk pelajar muslim agar tidak tersasar daripada matlamat sebenar peperiksaan itu diadakan .Program ini adalah berbentuk seminar sehari secara percuma iaitu Seminar Pecutan Peperiksaan yang akan menekankan beberapa formula berkaitan peperiksaan serta persediaan rohani dalam menyeimbangkan antara kecemerlangan peperiksaan dan kecemerlangan sahsiah.Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk bersama-sama berfikir , merancang dan bertindak untuk kita sama-sama membina kembali remaja Islam yang cintakan kecemerlangan serta pada masa yang sama mendapat keberkatan hidup mereka di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH dan tiada tempat melarikan diri dari ALLAH melainkan kepadaNya.Cukuplah bagi kami ALLAH dan Dia lah sebaik-baik tempat penyerahan.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Membangunkan cetusan Rasa Bertuhan dihati para pelajar.Rasa Bertuhan tersebut yang akan membina hala tuju kecemerlangan kehidupan di dunia dan akhirat .
2. Membina rasa bertuah dan bersyukur di dalam diri remaja kerana dianugerahkan ALLAH SWT nikmat sebagai orang Islam.
3. Mengisi jiwa remaja dengan pengisian kerohanian, intelektual dan emosi yang mantap agar tegar dan selamat menghadapi cabaran peperiksaan yang akan dihadapi.
3.0 TEMA
“ Pelajar Cemerlang,Pelajar Beriman”
4.0 SASARAN
200 hingga 300 orang pelajar muslim yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM 2011.
5.0 TARIKH & MASA
23 Julai 2011 / 30 Julai 2011
8.30 pagi hingga 1.00 petang
6.0 TEMPAT
Dewan SK Ayer Merah Machang Kelantan
Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh
7.0 KEISTIMEWAAN PROGRAM
Dikendalikan oleh pasukan fasilitator dan motivator berpengalaman Persatuan Pembimbing Insan Kelantan atau dikenali juga sebagai Team Bina Insan dalam membentuk jiwa pelajar dengan menggabungkan antara elemen kerohanian , motivasi dan psikologi. Bahan-bahan pengisian disediakan dalam bentuk modul serta berbantukan peralatan audio visual serta lagu-lagu nasyid yang memberikan inspirasi dan pembentukan jiwa pelajar Islam yang cintakan kecemerlangan.
7.1 PENGISIAN UTAMA
· Slot 1 : Tips Menangani Stress Peperiksaan
- Bagi mempersiapkan diri remaja untuk bersedia menghadapi tekanan peperiksaan dan memahami peperiksaan bukanlah suatu perkara yang muktamad.Di samping teknik khas meredakan tekanan agar para pelajar sentiasa bertenang dalam menghadapi apa jua situasi dan cabaran.
· Slot 2 : Tips Ulangkaji Pantas Secara Efektif
- Memberi satu tasawur yang jelas kepada para pelajar agar dapat membuat persediaan ulangkaji dan nota yang berkesan menjelang peperiksaan tanpa perlu merujuk sepenuhnya kepada maklumat ataupun buku-buku teks yang tebal disaat-saat hampir kepada peperiksaan bahkan sebaliknya dapat menyerap maklumat dengan lebih pantas dan berkesan.
· Slot 3 : Tips Rahsia Kejayaan Berganda
- Menyedarkan para pelajar berkenaan ucapan,perbuatan dan tingkahlaku yang boleh menjerumuskan kepada kegagalan hidup.Justeru potensi akal dan potensi hati dicungkil untuk kejayaan dan kecemerlangan peperiksaan .Formula adunan daripada Al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W yang akan dikupas secara lebih mendalam bukan sahaja untuk kejayaan hidup dunia malah yang lebih penting kejayaan akhirat.
· Slot 4 :Munajat Peperiksaan & Doa Penutup
- Bonus untuk para pelajar yang mahu dirinya dibentuk dengan lebih mantap dan berkesan iaitu bermunajat serta berzikir yang membantu menguatkan keyakinan diri serta menambahkan kefahaman ilmu .Berdoa secara beramai-ramai bagi membangkitkan rasa ke dalam diri bahawa mesti ikhtiar sebaik mungkin dan seterusnya dipasrahkan kepada Allah S.W.T.
8.0 PENGENDALI MODUL
Persatuan Pembimbing Insan Kelantan atau dikenali juga sebagai Team Bina Insan Kelantan bernombor pendaftaran 0612-10-KEL. Merupakan badan pertubuhan bukan kerajaan, bergiat aktif menjalankan program motivasi,kerohanian dan kepimpinan serta menggabungkan elemen dakwah, motivasi, psikologi & kaunseling dengan izin Allah S.W.T dapat menyentuh serta menggerakkan nurani insan berpandukan ‘Tarbiyah Nabawiyyah’ berasaskan pendekatan kontemporari.
9.0 TENTATIF
8.30 pg : Pendaftaran Peserta
9.00 pg : Slot 1 – Tips Menangani Stress Peperiksaan
10.00 pg : Minum Pagi
10.30 pg : Slot 2 – Tips Ulangkaji Pantas Secara Efektif
12.00 tgh : Slot 3 – Tips Rahsia Kejayaan Berganda
1.00 ptg : Slot 4 – Munajat Peperiksaan & Doa Penutup
1.30 ptg : Bersurai
10.0 PENUTUP
Harapan kami adalah agar seminar ini dapat menjadi titik perubahan para pelajar muslim ke arah mengenali serta mendalami bahawa Islam sangat mementingkan kecemerlangan.Oleh itu mengamalkannya secara keseluruhan sebagai wadah cara hidup yang berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah menjamin kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Disediakan oleh :
Persatuan Pembimbing Insan Kelantan
(Team Bina Insan)
http://salammotivasi.blogspot.com
Isnin, 23 Mei 2011
Kem Motivasi & Ibadah Remaja 2011
Jadi rebutlah peluang keemasan ini.
TENTATIF PROGRAM
8 JUN 2011 ( Rabu)
2.30 ptg : Pendaftaran Peserta
3.00 ptg : Slot 1 – Mengapa Di Sini ?
4.30 ptg : Solat Asar Berjemaah &
Minum Petang
5.00 ptg : Slot 2 - Ice Breaking
6.30 ptg : Makan Malam
7.20 mlm : Solat Maghrib & Solat Hajat
7.40 mlm : Slot 3 – Al-Qur’an Manual
Hidup
8.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm : Minum Malam
9.30 mlm : Slot 4 – Siapa dan Kemana
Kita ?
11.00 mlm : Slot 5 – Jom Amal Sunnah
Nabi
11.45 mlm : Tidur
9 JUN 2011 (Khamis)
5.00 pg : Munajat Mukmin Super
6.00 pg : Solat Subuh
6.15 pg : Slot 6 – Adab Menuntut Ilmu
7.00 pg :Riadah Relaksasi
7.30 pg :Sarapan Pagi
8.00 pg : Slot Dhuha – Jom Jadi
Kaya,Jom Jadi Bahagia
9.00 pg : Slot 7 – Kenali Sabotaj ,
Potensi Mantap
10.40 pg : Minum pagi
11.00 pg : Slot 8 – Teknik & Rahsia
Pelajar Cemerlang
12.45 tgh : Makan tengahari
1.30 tgh : Solat Zohor berjemaah
2.00 ptg : Slot 9 – Explorace Iman
4.30 ptg : Minum petang & Solat Asar
Berjemaah
5.00 ptg : Team Building :Dynamic
Game
6.30 ptg : Makan Malam
7.20 mlm : Solat Maghrib & Bacaan
Ya Sin ,Tahlil
8.30 mlm : Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm : Minum Malam
9.30 mlm : Slot 10 – Ikon Remaja
Mukmin
10.30 mlm : Slot 11 – Perjalanan Insan
11.45 mlm : Tidur
10 JUN 2011 ( Jumaat)
5.00 pg : Munajat Mukmin Super
6.00 pg : Solat Subuh
6.15 pg : Slot 12 – Amalan Perkasa Diri
Remaja Mukmin
7.00 pg : Riadah & Relaksasi
7.30 pg : Sarapan Pagi
8.00 pg : Slot Dhuha – Jom Jadi
Kaya,Jom Jadi Bahagia
8.30 pg : Refleksi Program
9.00 pg : Slot Khas – Bersama Ibubapa
Keluarga Bahagia
Penceramah RTM Kelantan:
Ustaz Md. Nazry Mohd. Nor
11.00 pg : Majlis Penutup &
Penyampaian Sijil
11.30 pg : Majlis Bersurai
Rabu, 20 April 2011
Kursus Meneroka Rahsia Diri.
BUKAN KURSUS TENAGA DALAM! Yang dibincangkan ialah TENAGA KEROHANIAN yang hanya diperolehi dengan jalan tunduk pada syariat, penyucian hati dari mazmumah, ubudiyyah, tawadhu', menenggelamkan diri dalam Kuasa Allah bukan kuasa diri! Adapun tenaga kerohanian itu dengan sendirinya akan menguatkan tenaga dalaman diri anda...
BUKAN JUGA KURSUS MIND POWER! Kehebatan potensi akal juga akan disentuh, namun ia bukanlah menjadi fokus utama. Tanpa cahaya hati (yang diperolehi melalui kaedah amalan ulama tasawuf muktabar) maka cahaya akal itu masih terdedah kepada bahaya gelombang nafsu dan syaitan. Cahaya hati akan menerangkan cahaya akal dengan sendirinya, dan memperolehi hikmah-hikmah yang tiada batasannya!
TERAS : AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Segala ilmu yang dipersembahkan dan amalan yang diberikan adalah merujuk kepada disiplin-disiplin yang digariskan oleh para ulama muktabar Asya'irah dan Al Maturidiah, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Ghazali dan lain-lainnya, serta merujuk kepada karya-karya ulama' silam nusantara seperti Syeikh Abu Shamad Palembang, Syeikh Abd Malik (Tok Pulau Manis) dll.
AMALAN BERSANAD DAN BERSALASILAH Kedua-dua perkara ini sangat penting dalam setiap pengajian ilmu dan penerimaan amalan.
PROGRAM SUSULAN DAN BIMBINGAN BERTERUSAN Kursus ini hanyalah permulaan dan tidak berakhir di sini. Bagi peserta yang berminat bolehlah terus menyertai program-program susulan yang kami adakan. Lagi pula, jika ada sebarang pertanyaan hasil dari pengamalan yang dilakukan, mereka boleh merujuk kepada pihak kami.
TIDAK TERIKAT Di akhir kursus, kami akan berikan beberapa amalan bersilsilah kepada para peserta. Namun, ini tidak bererti kami mengikat peserta untuk mengikut jalur kami, bahkan digalakkan mendalami ilmu dan mencari mana-mana guru-guru mursyid yang lain. Dan peserta juga sebenarnya tidak terikat dengan amalan yang diberikan itu! Terpulanglah kepada masing-masing.
YURAN SUMBANGAN Sebahagian sumbangan yang anda berikan akan disalurkan kepada usaha pendidikan dan pembangunan agama. Maka, anda bukan sahaja memperohi manfaat ilmu dan amalan yang penuh barakah, malah pahala yang berpanjangan, insya Allah.
METHODOLOGI Bukan ceramah semata-mata (yang disampaikan melalui pendekatan motivasi dan santai), juga penggunaan audio visual, interaktif, nasyid, lagu, latihan praktikal dan doa munajat di akhir kursus.
Isnin, 4 April 2011
Jom Join SEFT
APA ITU SEFT?
SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak performance’ secara cepat, mudah & universal.
Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT adalah:
1. NLP – Neuro Linguistic Programming
2. Behavioral Therapy
3. Psychoanalisa
4. Logotherapy
5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing
6. Sedona Method
7. Ericksonian Hypnosis
8. Sugesty & Affirmation
9. Visualization
10. Provocative Therapy
11. Transcedental Relaxation & Meditation
12. Gestalt Therapy
13. Energy Therapy
14. Powerful Prayer
http://www.MySEFT.com/seft85
SEFT dapat digunakan untuk:
• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 minit
• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan "SEFT for Peak Performance"
• Meningkatkan keberuntungan dengan "The Luck Factor"
• Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep SEFT"
• Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic Person Empowerment System"
• Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace Procedure"
• Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"
Mengapa SEFT begitu efektif?? Ikuti sambungannya....layari
http://www.MySEFT.com/seft85
Isnin, 21 Mac 2011
Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah
Alhamdulillah sempat cover untuk beberapa program besar antaranya Kem Beliawanis Kota Bharu,Kem Motivasi PMR& SPM di Sabak Bernam,Kem Sure Solat,Ceramah Motivasi Hijrah Diri Di Tumpat...memberikan suasana yang agak meletihkan tetapi sangat memuaskan.
InsyAllah 26 Mac 2011 sekali lagi diundang untuk ceramah Siri Pecutan Peperiksaan UPSR di Jeli.
Kepada semua peserta yang telah bersama-sama TBI diharap anda manfaatkanlah peluang dan ruang yang ada serta sebarkan kepada mereka yang lain.InsyaAllah ,apabila kita merasakan diri kita berTuhan..sudah pasti setiap masalah ada jalan keluarnya.
Sekali lagi terima kasih atas sokongan semua.JazakALLAH khairan khathira.
Rabu, 9 Februari 2011
MAKLUMAT TERKINI "KEM MOTIVASI SURE SOLAT"
Sabtu, 5 Februari 2011
Kem Motivasi Sure Solat Siri 2
Alhamdulillah pagi ni sempat berjumpa dengan En.Ismail ( Abe Wei) untuk urusan penghantaran proposal Kem Motivasi Sure Solat di Jeli..Kertas kerja disemak dan pihak pengurusan berpuas hati dan akan dipanjangkan kepada Dato Pa' untuk sponsor makan minum.InsyaAllah jika diterima ..maka YB Dato akan merasmikan majlis penutup nanti.
Jadi sebagai maklumat tambahan kepada perserta dilampirkan disini Brosur Kem untuk rujukan.Sila klik untuk download.
1. Brosur Sure SOlat di Jeli
2. Brosur Sure Solat di IPP Machang.