Bila??
Akan berlangsung pada 13 Disember 2010 jam 9.00 pagi hingga 5 petang di Dewan seminar Institut Pengurusan Peladang Machang Kelantan.
Penyertaan sebanyak 120 tempat duduk disediakan.
Bagi yang berminat boleh hubungi saya , En.Izani -0196145154 atau En.Razali 0139619421 atau Syairah 0139870277 .Sms pun boleh.
Pendaftaran dibuka bermula hari ini sehingga 10 Disember 2010.
Jika ingin terus mendaftar ,sila bank in RM 70 ke akaun bank Islam (03045020098601) atas nama Raja Mohd Izani sila maklumkan tarikh bank in,nilai,masa dan nama penuh peserta dan no telefon untuk dihubungi.
Segera dapatkan tempat duduk anda sekarang.Penyertaan akan disahkan setelah pembayaran dibuat sepenuhnya.
20 Penyertaan awal akan dihadiahkan Satu Set Buku Tips Belajar Sedikit Dapat Banyak terbitan Pts Publication Sdn.Bhd
Bonus 2 :
Setiap peserta yang hadir akan didaftarkan sebagai ahli Rakan Teambinainsan dibawah kelolaan Persatuan Pembimbing Insan Kelantan dan anda layak untuk menikmati seberapa banyak mungkin keistimewaan yang akan diwar-warkan.
En.Raja Mohd Izani B Raja Ismail
Merupakan seorang pendidik dan juga motivator yang berpengalaman lebih 7 tahun.Memegang tampuk kepimpinan sebagai Presiden Persatuan Pembimbing Insan Kelantan (Teambinainsan) dan juga panel penceramah MSQ Power Training serta ahli pengubatan Islam yang bertauliah.
En.Mohd Razali Kamarudin
Seorang pendidik dan ketua warden asrama. Beliau juga merupakan penulis buku, kolumnis majalah dan juga trainer pembelajaran. Sering mengendalikan program-program berbentuk pembangunan diri dan latihan budaya belajar. Sering juga muncul dalam slot-slot berkaitan pembelajaran di televisyen dan radio.
Apakah pengisian yang anda akan perolehi ???Huraian sedikit mengenai pengisian Seminar Pembelajaran Efektif “Belajar Sedikit Dapat Banyak”(.
SLOT 1 : INDUKSI MINDA DAN HATI
Peserta akan diperkenalkan mengenai apa itu “Pembelajaran Efektif” dan mengapa mesti menghadiri seminar ekslusif ini.Ia juga merangkumi penerapan ketenangan hati melalui terapi zikir serta lagu-lagu nasyid yang menghiburkan.
Peserta-peserta akan digerakkan hati dan minda melalui prinsip Islamic Law Of Attraction. Peserta akan dilatih untuk berkata-kata positif pada diri, mengenal pasti perkara-perkara sabotaj diri dan menukarkannya kepada perkara-perkara penghormatan diri. Disamping mengenal pasti kemahuan, membina skrip matlamat dan cara memanfaatkannya serta dapat membina sendiri mood belajar.
Peserta-peserta akan dibimbing dan dilatih bagaimana belajar sedikit demi sedikit melalui empat langkah proses belajar harian. Bermula dengan persediaan sebelum ke kelas, menghadapi pembelajaran di kelas, studi petang dan studi pada waktu malam. Turut diadakan bengkel menggunakan buku teks/rujukan dengan berkesan, mengenal pasti isi pelajaran, menghasilkan nota berkesan, teknik mengingat isi pelajaran dan teknik membuat latih tubi yang santai.
SLOT KHAS :KUASA KEJAYAAN BERGANDA
Ini merupakan sesi terakhir dalam merealisasikan impian peserta untuk mencapai kejayaan yang berganda melalui kaedah praktikal berasaskan teknologi Al-Quran serta memberi peluang kepada peserta bermuhasabah diri bahawa ILMU ITU CAHAYA dan ia berkait rapat dengan PRINSIP KEBERKATAN ILMU.
8.00 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi-10.30 pg :Slot 1 : INDUKSI MINDA DAN HATI
10.30 pagi- 11.00pg : Minum pagi
11.00 pagi-12.45 tgh : Slot 2 : MOTIVASI BOOSTER PELAJAR
12.45 tgh- 1.30ptg :Makan tengahari & solat zohor
1.30 tgh – 3.00 ptg : Slot 3 : PROSES BELAJAR SEDIKIT-SEDIKIT DAPAT BANYAK
3.00 ptg – 4.30 ptg : SLOT KHAS :KUASA KEJAYAAN BERGANDA
4.30 ptg- 5.00 ptg : Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
5.00 ptg : Solat Asar & bersurai
Jika Anda Orangnya Usah Berlengah Daftar Segera.