Assalamualaikum dan salam motivasi..berikut adalah laporan terkini serta gambar-gambar sekitar projek yang sedang dibangunkan bagi membantu keluarga En.Rusli yang berada pada tahap kemiskinan tegar.






Alhamdulillah ..yang paling terkini..mesin mengasing bulu ayam telah dibeli dengan harga RM 1175.
Setakat hari ini,kos untuk menjayakan projek ini telah memakan Kos sebanyak RM 2000. Walaupun begitu,masih ada beberapa perkara yang perlu dibeli seperti motor roda tiga yang bertujuan untuk membawa ayam yang telah diproses untuk dijual,modal permulaan untuk pembelian ayam serta beberapa perkara lagi yang menelan belanja hampir dua ribu lagi.
Oleh itu,saya mewakili en.Rusli mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dana dan pemberi zakat yang mana berkat jasa tuan dan puan projek ini dapat dimulakan.Kami mendoakan segala sumbangan tuan/puan itu akan dibalas oleh ALLAH S.W.T sebagai amal kebajikan ke Syurga InsyaALLAH.
Bagi yang masih belum sempat untuk menyumbang,atau baru sahaja mengetahui perkara ini,saya sangat mengalu-alukan sumbangan dana tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di
rajamohdizani@gmail.com
0196145154 (Cikgu Izani)
InsyaALLAH saya akan melaporkan dari semasa ke semasa perkembangan projek ini.