Halaman

Rabu, 3 Februari 2010

Laporan Terkini-Projek Proses Ayam Segar Di Kg.Kaabah Machang Kelantan

Assalamualaikum dan salam motivasi..berikut adalah laporan terkini serta gambar-gambar sekitar projek yang sedang dibangunkan bagi membantu keluarga En.Rusli yang berada pada tahap kemiskinan tegar.

Bangunan yang dibina menggunakan kayu yang ditebang dari hutan yang bertujuan untuk menjimatkan kos pembelian kayu yang agak mahal.

En.Rusli (AbeLi) seperti di dalam gambar sedang menyiapkan binaan projek.

Batu-batu blok ini di buat sendiri dengan kemahiran yang ada pada En.Rusli menggunakan pasir serta simen konkrit.

Sekitar laman hadapan rumah.

Pasir yang dibeli ini kosnya RM 120..sebanyak dua lori pasir telah digunakan bagi menjayakan projek ini.

Simen yang dibeli berharga RM 16 per beg.Sebanyak 20 beg telah dibeli bagi menyiapkan batu blok binaan.
Kawasan projek yang telah ditebas yang mana kawasan ini telah ditanam pokok salak Sabah.Turut berada di dalam gambar anak-anak en.Rusli

Inilah batu blok yang dibuat sendiri dan digunakan untuk membuat tempat memproses ayam segar.

Alhamdulillah ..yang paling terkini..mesin mengasing bulu ayam telah dibeli dengan harga RM 1175.

Setakat hari ini,kos untuk menjayakan projek ini telah memakan Kos sebanyak RM 2000. Walaupun begitu,masih ada beberapa perkara yang perlu dibeli seperti motor roda tiga yang bertujuan untuk membawa ayam yang telah diproses untuk dijual,modal permulaan untuk pembelian ayam serta beberapa perkara lagi yang menelan belanja hampir dua ribu lagi.

Oleh itu,saya mewakili en.Rusli mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dana dan pemberi zakat yang mana berkat jasa tuan dan puan projek ini dapat dimulakan.Kami mendoakan segala sumbangan tuan/puan itu akan dibalas oleh ALLAH S.W.T sebagai amal kebajikan ke Syurga InsyaALLAH.

Bagi yang masih belum sempat untuk menyumbang,atau baru sahaja mengetahui perkara ini,saya sangat mengalu-alukan sumbangan dana tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di
rajamohdizani@gmail.com
0196145154 (Cikgu Izani)

InsyaALLAH saya akan melaporkan dari semasa ke semasa perkembangan projek ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alunan Penyejuk Hati